Seperti yang dijanjikan Qaef, balik sahaja dari kampung, aku dan Qaef membuat sedikit majlis. Majlis tu pun sebenarnya untuk beritahu semua yang aku dah berkahwin.
Pejam celik dah tiga bulan kitorang berkahwin.
Aku meletakkan barang dapur yang baru dibeli bersama Kak Lin didapur.
Haih. Dari tadi aku tak nampak Qaef. Mana dia?
"Iman"
"ya, Mel?"
"Mana tuan awak?"
"dia ada dekat dewan tarian" balas Iman ringkas. Dia langsung tak pandang aku bila bercakap. Tengah khusyuk dengan game dia tu.
Aku mempunyai idea jahat. Sengaja aku menekan skrin talefonnya supaya dia tak nampak.
"Mel" marahnya. Aku mengalihkan tangan, puas hati.
"Alamak! Dah kalah! Sikit lagi aku nak dapat chicken dinner. Mel lah ni kacau" marahnya.
Aku hanya ketawa melihat telatah yang kebudak-budakkannya itu.
"padan muka" balasku sebelum beredar.
Didewan, aku melihat Qaef sedang berdiri ditengah-tengah dewan. Tak silap aku dekat atas tu ada lampu chandelier.
"Qaef" tegur aku lembut.
"eah? Macam mana Mel tahu Qaef ada dekat sini?" soalnya hairan.
"Iman bagitahu"
Dia mengangguk faham. Kami berdua senyap. Tak tahu nak bualkan apa. Aku lihat Qaed sedang khusyuk memandang sekeliling dewan tu. Entah apa yang dia pandang tak tahulah.
Aku memandang atas. Rasanya Qaef tak pasang lagi lampu cahndelier kot.
Aku menyoalnya mengenai lampu chandelier itu. Jawapan yang diberikannya betul-betul membuatkan aku terkejut. Bodohnya aku.
"macam mana Mel tahu, pernah ada lampu chandelier jatuh dekat sini?"
Mata aku liarkan. Ish! Kau lupa ke Meliya? Apa yang aku nak balas ni?
"errr... Ta.. Tak.. Mel tak tahu. Mel teka je. Kenapa? Betul ke?" soalku kembali. Sengaja menyoalkan lagi.
"Mel. Look at me.." arahnya.
Aku menarik nafas dalam sebelum memandang tepat kedalam mata hazelnya.
"be honest. Mel pernah datang sini masa majlis sambutan kepulangan Qaef kan?" soalnya berterus terang.
Mataku dah tak boleh nak memandang matanya lagi.
Otakku ligat mencari alasan.
"err.. Mmaa...mana ada"
Qaef merenungku tajam. Aku semakin gemuruh.
"kalau Mel pergi, kenapa nama Mel ada dekat sini? Macam mana Mel tahu sini pernah ada lampu chandelier? Kenapa? Kebetulan ke? Qaef tak pernah cakap pun sebelum ni. Dan Qaef yakin Iman dan kak Lin pin tak ada cakap. Jujur Mel" kata Qaef sambil menunjukkan sehelai kertas kepada aku.
Aku semakin resah. Hairan juga. Macam mana nama aku ada dekat situ? Setahu aku, aku tak dapat kad jemputan pun. Aku hanya ganti orang je.
Apa yang aku patut buat? Mungkin aku patut jujur. Kalau tak makin teruk jadinya nanti.
"errr... Ya, Mel ada masa majlis tu. Tapi, Mel ganti orang. Mel tak dapat kad jeputan dari Qaef" kataku.
Qaef hairan lalu menanyakan bahawa nama siapa yang ada pada senarai nama tetamu itu.
YOU ARE READING
A FAKE CINDERELLA [C]
RomantikYesterday is a HISTORY, Tommorow is a MISTERY, But today is a GIFT. 🔸🔸🔸🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸🔸🔸🔸 EVERY fairy tales story end with happily. And, I want it too. Snow white found her true love. Cinderella found her true love. Rapunzel found her true love...