3 :👑

60 3 0
                                    

"lagipun, aku kena balik sebelum pukul 12"

Qaseh memandang aku. Manakala, Ilya masih fokus dengan idea rahsianya.

"haih. Dah macam cinderella pula ni. Tak boleh balik selepas pukul 12"

"cinderella? Apa yang kau mengarut ni? Mama aku tak ada dekat sini, so, aku tak bolehlah balik lambat. Nanti kena marah."

"Haih? Macam tu pula? Patutnya masa mama kau tak ada ni lah kau boleh enjoy."

Aku mencebik. Betul juga tu. "entahlah. Mama aku nak aku teman ayah tiri aku tu. Supaya dia tak sunyi. Tapi sebelum ni, sebelum diorang kahwin elok je"

Qaseh menhembus nafas panjang.

🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸

Di Istana QM, suasana sekelilingnya sungguh meriah dengan persiapan untuk majlis malam nanti.

Alvin berdiri di tengah-tengah dewan, betul-betul dibawah lampu chandelier yang besar.

"Iman" panggilnya sekali.

"Ya tuan?"

"kau dah dapat apa yang aku suruh kau buat?"

"errr... Sebenarnya tuan, perempuan tu bukan pekerja rasmi. Dia cuma diupah sementara sebab pekerja yang sepatutnya layan tuan hari tu dah letak jawatan tiba-tiba."

"siapa yang sirih dia gantikan tempat budak yang berhenti tu?"

"saya tuan. Masa tu saya betul-betul dah tak ada idea lain. Tu je yanh saya boleh fikir"

Qaef senyap. Tak tahu mahu marah atau apa.

Kedua tangannya diseluk pada kocek seluar.

"aku nak kau cari dia. Lepas apa dia cakap hari tu, macam tu je dia pergi?" rambutnya diselak kebelakang.

Tiba-tiba Iman menhambur tawa. "Kau ni dah kenapa? Lawak ke arahan aku tu?" soal Qaef tegas.

"sorry tuan. Bukan niat saya nak ketawa. Cuma, saya teringat kata-kata perempuan tu pada saya"

Qaef terkerut dahinya hairan. Tak faham dia dengan maksud Iman.

"what she said?"

"dia beritahu saya, kalau tuan tanya saya tentang dia. Dia suruh saya bagi alasan. Alasan yang dia bagi tu memang tak masuk akal. Ada ke dia suruh saya beritahu tuan yang dia pergi panjat pokok serai? Tak logik kan?"

Wajah Qaef yang tadi tegang itu akhirnya juga menghambur tawa. Iman apa lagi? Dah berdekah dia.

"Seriuslah dia cakap macam tu?"

"Ya, saya pun terkejut juga"

"she is really really somehing" ujar Qaef. Wajahnya kembali tegas. Bibirnya mengukir senyuman.

🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸

Aku masuk kedalam rumah dengan sehelai gaun yang masih berbungkus didalam plastik. Aku sendiri pun belum tengoknya lagi. Tak tahu rupanya macam mana.

"Cik Meliya dah balik?" tegur mak Jah. Aku hanya melempar senyuman nipis.

"Mak Jah, nanti tak payah masak banyak sangat. Masak untuk papa Iz je. Kejap lagi Mel nak keluar, ada jemputan" ujarku.

Mak Jah hanya tersenyum dan meniyakan sahaja cakap aku.

"Errr.. Mana papa Iz?"

"tuan ada dalam bilik bacaan dia tu"

"Owh yeke? Hmmm mak Jah tolong bawakan baju ni masuk dalam bilik Mel. Letak dekat atas katil Mel je" aku meminta tolong mak Jah. Gaun yang berada dalam tangan aku itu aku serah pada mak Jah.

A FAKE CINDERELLA [C]Where stories live. Discover now