30 :👑

49 3 0
                                    

Aku tersenyum sendiri entah apa yang aku fikirkan. Bahagia. Rasa macam diri aku ni disayangi dan dicintai.

Seusai bersiap aku duduk dihadapan cermin. Aku menempek wajah aku dengan krim pelembab muka.

Tiba-tiba, aku rasa seperti ada tangan yang merangkul pinggangku dari arah belakang.

Aku tersenyum melihat Qaef yang baru sahaja bangun tidur dari cermin.

"Dah bangu? Pergi mandi" kataku lembut.

Dia mendagukan kepalanya dibahuku.

"tak nak. Nak peluk macam ni" katanya mengada betul.

Aku senyum menyampah. "Dah, dah pergi mandi. Nanti lambat pergi kerja. Mel pun ada class pagi ni"

Tiba-tiba bibirku terasa seperti dicium. Aku memandang Qaef dengan wajah yang tidak tahu apa-apa.

"kenapa bahasakan diri sayang, Mel lagi?" soalnya.

Owh. Baru aku teringat. Aku kena ubah cara aku memanggilnya dan membahasakan diri aku.

Aku tersenyum malu. "Mel.. Eah, Sayang lupa. Dahlah, tunggu apa lagi. Pergilah mandi" aku menolak badan tegapnya kuat supaya menjauhkan dirinya dari aku.

Dia menjeling aku tak puas hati. Mulutnya terkumat-kamit. Marahlah tu.

"Nak manja-manja pun tak boleh" katanya perlahan, tapi masih boleh didengari aku.

Dalam beberapa minit, kami turun untuk sarapan bersama.

"amboi.. Amboi.. Berserinya muka. Ada apa-apa jadi ke malam tadi?" celah kak Lin. Wow. Mulutnya boleh tahan tu.

"apa kak Lin ni? Mana ada. Dah, dah tak payah nak sakat Mel." kataku malu-malu.

Qaef, Kak Lin dan Iman yang berada disitu hanya ketawa melihat aku.

"Abang, hari ni Mel balik lambat sikit. Mel nak ke airport." kataku sambil menyuap roti kedalam mulut.

"airport? Nak buat apa? Biar abang hantar"

"tak payah. Mel pergi dengan kawan Mel. Mel kesana pun sebab nak sambut kawan Mel yang akan pulang kesini dari Jepun." kataku lagi. Jam ditangan aku tilik beberapa kali.

"eah? Dah lambat. Mel pergi dulu, nanti jumpa abang dekat rumah. Tak payah buat muka macam tu, Mel ok. Mel tak nak menyusahkan abang. Mel pergi dulu. Bye" kataku gopoh.

Pipi kanan Qaef aku cium lembut. Mukanya kelihatan tak senang bila aku kata aku mahu ke airport.

Cara aku bercakap bukan seperti meminta izin suami, malah hanya seperti memberitahunya apa yang aku nak buat lepas ni.

🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸

Seharian aku di airport tunggu Aiman. Aiman, dialah kawan yang aku maksudkan. Aku kenal dia sejak dari sekolah menengah lagi. Dia kalau ajak bergosip nombor satu, hahaha.

"Weyh..weyh tu dia" kata Isya memukul-mukul lengan aku. Aku berpaling.

Aku lihat Aiman sedang berjalan keluar dari pintu ketibaan.

"Meliya!" jeritnya teruja lalu mendepakan tangannya mahu memeluk.

Aku pantas menolak. Dia memandang aku penuh hairan.

"Kenapa? Sebelum ni ok je?" soalnya. Aku terseyum sumbing lalu cincin ditangaj aku tunjukkan padanya.

"kau dah kahwin? Wah.. I'm so dissepointed with you. Kenapa tak beritahu kau kahwin?"

Aiman ni kacak orangnya, badan tegap, macam Qaef. Tapi bezanya, Aiman ni otak kanak-kanak. Gila punya. Selesa bila berkawan dengannya.

"alah kau ni. Aku kahwin pun, tak jemput diorang ni. Aku buat kecil-kecil je. Tak apa, nanti aku kenalkan suami aku pada kau ya?" pujukku.

A FAKE CINDERELLA [C]Where stories live. Discover now