9 :👑

52 4 0
                                    

Dalam masa beberapa hari, aku gigih menyiapkan rekaanku bersama Izzati, tarikh untuk hantar pun dah makin dekat.

Aku harap baju aku tu cepat siaplah. Walaupun tangan aku masih berbalut, tapi aku rasa luka tu dah baik. Dan, sepatutnya hari ni aku kena pergi hospital untuk buka jahitan.

Aku nak ke hospital sebenarnya, tapi memandangkan aku ada banyak kerja, aku tangguhkannya dulu.

"Finally. Siap juga akhirnya. Walaupun hasilnya tak sama macam macam baju yang rosak hari tu, tapi aku rasa ni lebih cantik" kataku teruja.

Izzati, Qaseh dan Ilya memandangku dengan pandangan gembira. Nasib baiklah aku ada kawan baik macam diorang ni. Sanggup tolong aku. Tu yang boleh siap cepat tu.

"korang. Thanks tau. Nanti aku belanja korang makan eah? Sekarang aku nak balik dulu"

"Balik? Awalnya? Baru pukul 11 pagi. Kelas seterusnya mula pukul satu"

"aku lupa aku ada temu janji doktor hari ni. Kalau aku siap cepat, aku datanglah kelas tak payah risaulah" terangku.

Aku mengangkut segala barang aku bersmaku.

Semasa aku berjalan dilobi kampus, aku mendapati sesuatu yang janggal. Lobi tu kelihatan kosong. Haih, tak pernah-pernah lobi ni koaong. Mana semua?

Aku mengalihkan pandangan aku kearah pintu masuk kampus. Ramai yang berkumpul disitu, baik lelaki dan perempuan. Lagaknya macam artis Korea datang Malaysia pula.

Apa yang tengah berlaku ni? Aku cuba menyelit nak tahu apa yang berlaku.

Aku memandamg sebuah kereta mewah yang betul-betul diberhentikan dihadapan pintu utama lobi. Selain tu, aku  nampak seorang lelaki tinggi berbadan tegap yang sedang menunduk kearah bawah.

Qa... Qaef? Apa dia buat dekat sini? Aku mula cemas. Tanpa sedar, Qaef melambai tangannya kearahku dan semua memandang aku dengan pandangan penuh hairan.

Aku memberi isyarat kepada Qaef supaya jangan menegur aku dengan menggelengkan kepala beberapa kali.

Tapi Qaef tetap degil. Aku melangkah setapak dan berpaling nak tinggalkannya.

"Meliya" panggilnya dan menyentakkan aku.
     
Aku lihat Qaef sudah berlari mendapatkan aku.

"apa yang Qaef buat dekat sini? Semua orang pandanglah"

"Qaef datang sini nak jemput Mel lah. Kan hari ni Mel ada temu janji doktor nak buka jahitan tu kan?"

Aku binggung macam mana dia tahu? Aku tak ada pula beritahu sesiapa mengenainya.

"tak apalah. Mel boleh pergi sendiri"

"Tak. Biar Qaef yang bawa Mel ke sana"

"Tak apa" tolakku lembut. Qaef masih berdegil. Semahu-mahu dia nak hantar aku.

"kan Mel dah kata tak payah. Semua orang pandang ni" kataku kurang selesa.

Qaef memandangku dengan senyuman nipis. Apa pula maksud senyuman tu? Aku berpaling memusingkan badanku.

Tak sempat aku nak melangkah maju kehadapan, tanganku ditarik lalu diangkatnya gaya pengantin.

Mata aku terbuntang luas terkejut dengan tindakannya. Aku lihat Qaef tenang je. Macam tak ada benda yang berlaku.

Dia memasukkan aku kedalam kereta. Dan kereta itu berjalan meninggalkan kampus. Aku masih terkebil-kebil nak memahamkan situasi.

"Apa yang Qaef buat tadi? Semua orang tengoklah tadi" marahku sambil mencebik muka.

A FAKE CINDERELLA [C]Where stories live. Discover now