Isya asal dari kampung. Seorang diri dan sehelai sepinggang bila datang sini.
Abang Hafis baik orangnya. Sudi ambil Isya bekerja dengannya. Sekarang, Isya dah mampu beli motornya sendiri. Walaupun bukan secara cash, dia masih mampu.
"abang Hafis, Mel nak cakap sikit boleh?" soalku.
"haih? Macam serius je. Ada apa?"
"err.. Kita cakap dekat tempat lain boleh?"
Abang Hafis pandang aku pelik.
"ha yalah. Isya, buka kafe macam biasa. Buat persedian macam biasa. Kejap lagi abang turun"
"baiklah"
Aku hanya mengikuti belakang abang Hafis.
"Hah, apa dia yang kamu nak beritahu tu?"
Tiba-tiba rasa gementar pula.
"err.. Saya... Saya.. Sebenarnya, saya.. Saya nak berhenti kerja?"
Abang Hafis pandang aku terkejut.
"nak berhenti? Kenapa? Tak sampai sebulan pul kamu kerja dekat sini kan?" soalnya.
Aku menggaru belakang kepala yang tidak gatal.
"itulah. Err.. Sebenarnya, saya tahu sebab pelanggan tu saman kafe ni. Sebab saya kan? Abang pun tahu"
"ya. Benda pun dah lepas. Tapi kenapa kamu nak berhenti?"
Aku tersenyum sumbing. Apa pula yang aku nak jawab ni? Atau, lebih baik aku berterus terang?
"ok. Sebenarnya macam ni, Mel tak nak menyusahkan abang Hafis lagi. Benda yang berlaku ni pun atas sebab Mel sendiri. Mel rasa, baik Mel berhentilah"
Abang Hafis tekun mendengar alasan aku yang tidak seberapa gah itu.
"kalau itu dah keputusan kamu. Apa lagi yang abang boleh katakan lagi? Apa-apa pun abang nak ucapkan terima kasih banak-banyak pada Mel. Kalau Mel free datanglah sini selalu"
"tak ada apalah.. Mestilah kena datang selalu, kek lobak dekat sini sedap" kataku teruja. Abang Hafis ni betul-betul memahami lah.
🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸
Penat. Satu hari aku kehulu, kehilir.
"haih. Penat sangat je tu? Dari mana?" tegur Iman yang entah dari mana dia muncul.
Aku melemparkan senyman nipis.
"ni semua awaklah punya pasal" kataku.
Iman berkerut dahi. "saya buat apa pula?"
"yalah, tuan awak tu suruh awak ikut saya kan? Jangan ingat saya tak tahulah"
Iman menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mula tersenyum kambing.
"maaflah. Saya cuma jalankan tugas saya je"
Aku menjelingnya lalu mengeluh panjang.
"awak ni kan.. Taat sangat dengan tuan awak tu. Awak tak rasa bosan ke dengan dia?" soalku agak mengejut.
"err.. Apa maksud puan?"
"puan? Berapa kali saya cakap, panggil Mel je"
Dia ketawa palsu. Saja nak sembunyi perasaan gugup.
"maksud saya. Tuan awak tu dahlah cerewet, menyakitkan hati pula tu. Tahan pula awak bekerja dengan dia"
Iman ketawa kecil. Dia tidak membalas kata-kata aku, dia hanya tertawa sahaja. Apa masalah dia tak tahulah.
YOU ARE READING
A FAKE CINDERELLA [C]
DragosteYesterday is a HISTORY, Tommorow is a MISTERY, But today is a GIFT. 🔸🔸🔸🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸🔸🔸🔸 EVERY fairy tales story end with happily. And, I want it too. Snow white found her true love. Cinderella found her true love. Rapunzel found her true love...