Aku melabuhkan punggungku disebuah kerusi. Keluhan gembira aku lepaskan. Seronok bila dapat luangkan masa bersama mereka semua.
"Haih. Lebarnya senyum tu? Fikirkan siapa? Teman lelaki ke?" celah Kak Dhia bergurau.
"Eah? Kak Dhia. Tak adalah. Saya mana ada boyfriend. Tak ada siapa nak kan saya" balasku.
Kak Dhia tertawa mendengar jawapan aku.
"Ish. Ada-ada je kamu ni. Kamukan cantik, baik. Tak akanlah tak ada orang nak kan kamu"
"cantik tu subjek Kak Dhia. Saya bukannya baik pun. Saya jahat. Saya tak bertudung, saya selalu tinggal solat. Saya bukan baik macam yang kak Dhia fikirkan"
Kak Dhia memukul bahuku perlahan.
"apa Ina cakap ni. Kalau Ina tak baik, Ina tak tolong bonda Ara. Kalau Ina jahat, Ina tak akan datang sini, tolong bersihkan satu rumah ni. Layan bonda-bonda semua"
"jangan ingat kita tak bertudung kita jahat. Jangan ingat kita bertudung kita baik. Kak Dhia bukannya nak memburukkan siapa-siapa. Cuma Kak Dhia nak pesan sikit, manusia ni tak akan lepas dari buat kesilapan. Lagi satu, Allah uji kita sebab dia sayang dekat kita. Jangan mengeluh bila dia bagi ujian, dia tak akan bagi ujian pada kita melebihi kemampuan kita." pesan kak Dhia pada aku.
Aku khusyuk mendengarnya. Inilah salah satu sebab kenapa aku suka datang sini. Sebabnya, Kak Dhia selalu beri nasihat dunia akhirat pada aku.
"kak. Kalau Ina nak tanya sesuatu boleh?"
"Tanya je lah. Macamlah kamu tak biasa pula"
Aku tersengih dengar gurauannya.
"apa hukum kalau tinggal berdua-duan dengan ayah tiri?"
Kak Dhia seakan terkejut dengan persoalan aku. Tapi, dia tak soal kepada aku tanya soalan itu kepadanya.
"kalau nak cakap pasal hukum, minta maaf, kak Dhia tak mahir sangat. Tapi, setahu kak Dhia. Anak perempuan tiri dengan ayah tiri tak boleh tinggal bersama berdua-duan dalam satu rumah. Bukan muhrim. Tak ada pertalian darah. Senang kata, walaupun ibu kita berkahwin dengan lelaki lain. Dan lelaki itu jadi ayah tiri kita, dia tetap dilabel sebagai orang asing. Bahkan aurat kita pada dia pun terbatas" penenrangan Kak Dhia betul-betul menyentakkan perasaan aku.
Betullah apa yang Qaef kata.
Selepas puas berborak, beramah mesra dengan bonda-bonda, aku meminta izin pulang sebelum hari semakin gelap.
🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸
Keesokan harinya, aku pergi kerumah tok abah. Katanya ada hal penting nak jumpa aku sehingga tak boleh beritahu dalam panggilan.
Sebelum itu, aku singgah kesuatu tempat.
Kafe manis aku singgah. Rasa macam dah lama tak makan kek.
"saya nak kek ni sepotong" pesanku pada seorang pekerja dikaunter.
Aku duduk ditempat yang kosong seorang diri. Sedang aku sibuk dengan kek aku tiba-tiba ada seorang mak cik melanggar aku dan menyebabkan kek yang aku makan tadi jatuh kena baju putih aku.
"Kau ni buta ke?!" bentak mak cik tu tiba-tiba memarahi aku.
Haih? Apa salah aku ni? Dia yang langgar aku, aku pula yang kena marah.
"aku rasa mak cik tu yang salah. Kenapa dia nak marah perempuan tu pula?"
"mak cik tu yang salah. Kesian perempuan tu tiba-tiba je kena tengking"
Aku terdengar perbualan-perbualan daripada pelanggan lain yang nampak dengan jelas mak cik itu yang salah.
"Kenapa mak cik tengking saya? Mak cik yang langgar saya kan? Saya elok je duduk situ. Tak kacau mak cik pun" betahku tak puas hati.
YOU ARE READING
A FAKE CINDERELLA [C]
RomanceYesterday is a HISTORY, Tommorow is a MISTERY, But today is a GIFT. 🔸🔸🔸🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸🔸🔸🔸 EVERY fairy tales story end with happily. And, I want it too. Snow white found her true love. Cinderella found her true love. Rapunzel found her true love...