Aku dan Qaef tidak henti menerima ucapan tahniah dan doa atas pengumuman pernikahan kami.
Tak menang mulut jugalah nak menjawab segala ucapan itu.
Aku seronok bika dapat meluangkan masa dengan para tetamu. Lepas ni aku tak perlu nak berahsia.
Tiba-tiba aku teringat akan mama aku. Dia pasti belum tahu pasal semua ni. Dan aku rasa, dia tak patut tahu. Aku takut, mama akan mengambil kesempatan atas perkahwinan aku. Aku takut.
"Hey, termenung apa tu, sayang?" Celah Qaef yang entah dari mana muncul. Pingganku dirangkulnya erat.
Aku tersenyum nipis. "tak ada apa. Mel cuma teringatkan mama. Mel rasa mama tak perlu tahu kita dah berkahwin"
"kenapa pula?"
"Mel takut"
"takut? Nak takut apa pula?"
Aku meghela nafas panjang. "Mel takut kalau mama tahu, mama akan mengambil kesempatan atas perkahwinan kita demi kepentingan dia. Mama Mel tu mata duitan, Mel tak nak dia menyusahkan Qaef kalau dia dapat tahu tentang perkahwinan ni" ujarku lagi.
Aku dapat mendengar Qaef sedang ketawa. Apa yang kelakar?
"tak menyusahkan pun lah sayang. Dia mama sayang, mama sayang, mama Qaef juga" aku hanya diam dan tersenyum nipis.
Sedang seronok berbual berduaan dengan Qaef aku baru teringat tentang tetamu-tetamu yang datang.
Jam pun sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Masih awal. Majlis tadi pun mula lepas maghrib. Tak naklah mula lambat sangat kesian dekat tetamu-tetamu yang lain.
"semua dah balik ke?" soalku sebaik sahaja aku melihat jam jam hampir pukul 11 malam.
"dah. Kecuali dua orang kawan sayang tu. Dia kata nak berbual lagi dengan sayang" kata Qaef. Aku dapat mengagak dua orang tu siapa.
Aku merenung wajah Qaef lama. Tiba-tiba aku rasa gembira bila mendengarnya memanggil aku dengan gelaran 'sayang'.
"kenapa pandang macam tu? Nak cium ke?" soalnya
"eah. Mana ada. Mel saja je tengok abang macam tu"
"wait. What you call me just now?"
Aku memandangnya hairan lalu memanggilnya 'abang' buat kali kedua.
"tak suka ke Mel panggil abang?"
Qaed tersenyum. Dahiku dikucupnya lembut.
"taklah. Abang suka sayang panggil abang 'abang'. Terusakannya"
Aku tersenyum nipis. "Mel suka abang panggil Mel sayang" kataku perlahan. Tapi, dapat didengar oleh Qaef.
Qaef tersenyum memandang aku. "Ya sayang. Kawan sayang dah tunggu dekat bawah" bisik Qaef ditelinga aku dengan mengelar diriku sayang.
🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸
Sebaik sahaja turun kedapur, aku lihat Qaseh dan Ilya sedang berbual sesama sendiri. Pandangan mereka mula berubah apabila melihat aku.
"sampai hati kau tipu kitorang" dah mula dah drama yang dilakonkan oleh Ilya.
"mana ada aku tipu korang" balasku selamba.
"huh? Dia kata dia tak tipu kita? Ilya, jom kita balik" kata Qaseh. Geram lah tu.
Aku pantas menghalang mereka berdua.
"sorry lah. Bukannya aku tak nak beritahu. Aku cuma belum sedia je nak beritahu kaurang" kataku. Mereka hanya diam sambil memandang aku dengan pandangan yang masih tidak berpuas hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/243821645-288-k688280.jpg)
YOU ARE READING
A FAKE CINDERELLA [C]
RomanceYesterday is a HISTORY, Tommorow is a MISTERY, But today is a GIFT. 🔸🔸🔸🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸🔸🔸🔸 EVERY fairy tales story end with happily. And, I want it too. Snow white found her true love. Cinderella found her true love. Rapunzel found her true love...