4 :👑

56 3 0
                                    

Syah dah masuk kedalam dah. Tinggal aku sorang je yang belum masuk kedalam lagi.

Kaki aku pantas melangkah. Tak nak terlepas. Kalau lambat, menari dekat luarlah aku seorang diri.

Apabila pintu utama dibuka untuk aku, aku melangkah dengan pelbagai perasaan yang aku sendiri tak dapat gambarkan dengan kata-kata.

Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu.

Flashback.

"you Meliya kan?" soal seorang wanita yang aku tidak kenal.

Aku berpaling lalu memandangnya, "ya, saya. Ada apa eah?"

"sebenarnya.... Kad jemputan yang awak terima tu, saya yang bagi. Itu saya punya kad sebenarnya. Tapi, saya.."

Aku menanti-nantikan kata-katanya yang seperti siput babi. Lambat betul cakap.

"...saya tak nak pergi sebab saya dengar parti ni untuk menyambut kepulangan seorang jutawan muda. Lagipun saya dengar jutawan tu tua. Saya tak berminat. Walaupun kaya, saya nak juga yang berupa. Bukan tua. Awak ganti saya boleh?" soalnya.

Haih? Tadi kata jutawan muda.. Ni kata dia orang tu nampak tua pula? Apa nih?

Aku menghambur nafas kecewa. Kecewa. Aku ingat, aku betul-betul dijemput kemajlis itu, tapi terpaksa ganti orang pula?

Haih.. Apalah nasib, tapi tak apa. Aku tak peduli, yang aku peduli, aku nak tengok juga dalaman istana tu.

"so, you boleh tolong I?"

Aku ragu-ragu mahu membalasnya. Akhirnya aku terimanya juga.

End flashback

Aku berjalan perlahan menuruni anak tangga. Perasaan pelik mula muncul selepas semua orang memandang aku semacam.

Aku menghiraukannya, mungkin mereka terkejut sebab masih ada yang datang lambat. Mataku dilarkan sekeliling.

Tiba-tiba anak mata aku menangkap sesuatu. Aku lihat Syah sedang melambai-lambai tangannya kearah aku beberapa kali.

Tanpa buang banyak masa, aku menghampirinya. "Kenapa semua pandang I macam tu? Ada yang tak kena ke?" soal aku penuh hairan.

"mereka pandang you, sebab you cantik" balas Syah sambil tersenyum manis melihat aku.

Aku tersipu-sipu malu... Erghhh. Tak pernah kau macam ni Mel. Bukan ke kau suka bila kena puji? Kenapa nak segan pula? Mengada.

"err.. Sayang, you tunggu sini kejap, I nak pergi ambil barang dalam kereta. Tadi lupa nak bawa keluar sekali" aku mengangguk faham. Lantas itu, aku melihat Syah sehingga kelibat dia hilang dari pandangan aku.

Masa inilah aku rindu Qaseh dengan Ilya. Bosan. Dahlah aku tak ada kawan nak sembang. Kalau nak berbual pun sebenarnya ada je orang, tapi tulah, topik yang mereka bualkan tu buat aku naik gila.

Tak bosan ke ulang benda sama? Balik-balik berbual tentang harga barang itu, beli dekat mana, original ke tak.

Menunjuk apa yang mereka ada. Sememangnya sikap macam tu memang tak baik. Boleh timbul rasa riak, takbur dalam diri.

Ha kau,, aku dah berceramah.

Makin lama, kaki aku membawa aku kebahagian bufet. Banyak betul makanan yang disediakan. Tapi tulah, saiz hidangannya kecil. Mana cukup.

Satu-satu jenis makanan aku renung lama. Kecur air liur aku.

"mengumumkan ketibaan Tuan Qaef Mikhael!" seorang juruacara mengumumkan ketibaan 'putera' itu dengan nada penuh semangat. Aku mamndang sekilas.

A FAKE CINDERELLA [C]Where stories live. Discover now