"sakitlah! Aduh" kataku mengaduh sakit.
"Mel boleh gelak lagi? You're really something Mel. Mel tahu tak apa yang ayah tiri Mel tu dah buat? Itu dah dikira gangguan seksual tau" katanya. Kali ni nadanya berubah. Aku takut melihatnya.
"Alah. Setakat rangkul pinggang dengan pegang tangan tu apalah sangat." kataku cuba menafikannya.
"Itu baru sikit. Cuba kalau nanti dia buat benda tak elok dekat Mel macam mana? Mana tahu dia rogol Mel nanti ke?" Aku tersentak dengan kata-kata Qaef.
Kenapa dia cakap macam tu? Dia menakutkan akulah.
"apa Qaef cakap ni? Cakap macam tu pula. Takutlah"
"Qaef cakap ni untuk kebaikan Mel juga. Kenapa Mel tak tinggal dengan Tok abah?"
Aku termenung. Kata-kata Qaef tadi betul-betul meninggalkan kesan kepada aku.
"mama tak bagi. Mama tak rapat dengan tok abah. Sebab tu mama tak suka kalau Mel jumpa Tok abah. Kalau Mel nak jumpa pun senyap-senyap. Kadang-kadang Mel tertanya pada diri Mel sendiri tau, kenapa Mel yang kena kalau mereka tak bertegur sapa? Apa salah Mel? Mel penat dengan perangai mama Mel tu sebenarnya. Dia selalu suruh Mel buat itu buat ini walaupun Mel dah bantah tak nak buat. Dia paksa Mel." terangku lagi.
Aku rasa seperti sesi meluahkan perasaanlah pula. Satu per satu masalah aku cerita pada Qaef.
Qaef ni pun satu, licik. Aku sebenarnya tak nak cerita masalah aku pada di pun. Tapi, entah kenapa mulut aku ni ringan je nak jawab segala pertanyaannya.
Qaef khusyuk mendengar cerita aku. Tak berkelip dia mendengarnya. Sejak dari itu dia senyap je. Langsung dah tak layan aku dah.
Aku tertanya juga kenapa dia senyap macam tu. Tapi, nak buat macam mana? Entahlah.
🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸
"Mel dah balik" kataku sambil membuka pintu.
Semasa aku balik aku perasan ada beberapa pasang kasut di hadapan rumah.
Aku menjengah kepala keruang tamu. Nampaknya ayah tiri aku ada tetamu. Tak naklah aku kacaunya.
Dengan perlahan aku berjalan menuju ketangga. Tak sempat aku nak panjat satu anak tangga, ayah tiriku panggil.
"Ya?"
Ayah tiriku memeluk bahuku lalu memperkenalkan aku kepada rakan-rakannya.
"Hah. Inilah anak tiri aku. Tapi aku tak anggap dia macam anak tiri. Aku anggap dia dah macam anak aku dah." kata ayah tiriku.
Aku sekadar menunjukkan senyuman palsu. Tak selesa.
"wah cantik anak tiri kau ni."
"yalah. Untunglah kau."
"kahwin dengan Mona terus dapat pakej anak cantik macam ni"
"nama apa?"
Aku diam tidak membalas. Pandangan aku tundukkan. Serius tak selesa. Aku nak je lari dari situ. Tapi, langkah aku langsung tak boleh nak berganjak.
"Kenalkan diri Mel" arah ayah tiriku. Aku akur.
"Err.. Nama,, saya.. Meliya.. Meliya Qistina" kataku was-was nak perkenalkan diri sendiri.
"cantiknya nama"
"sedap nama tu."
"ingatkan muka je cantik, tapi nama pun cantik. Untunglah kau Haris"
Aku tersenyum kelat mendengar puji-pujian yang entah ikhlas ke tidak itu. Aku lihat ayah tiriku. Tak henti senyum siut dia. Suka sangatlah tu kena puji. Aku menggulingkan biji mata keatas.
YOU ARE READING
A FAKE CINDERELLA [C]
RomanceYesterday is a HISTORY, Tommorow is a MISTERY, But today is a GIFT. 🔸🔸🔸🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸🔸🔸🔸 EVERY fairy tales story end with happily. And, I want it too. Snow white found her true love. Cinderella found her true love. Rapunzel found her true love...