Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, akhirnya majlis pernikahan aku tiba.
Dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isteri Qaef Mikhael.
Majlis tu kami buat kecil-kecilan je. Kawan-kawan aku pun tak tahu aku dah kahwin.
"ahh penatnya" kataku sambil baring diatas katil.
Tiba-tiba pintu bilik aku dibuka. Terkejut aku lihat Qaef masuk dalam bilik.
"A..apa Qaef buat dalam bilik Mel?"
Qaef tersentak. Pintu bilik ditutupnya.
"apa maksud Mel? Qaef suami Mel sekarang" balas Qaef. Songkoknya dibuka.
Aku tertawa kecil. "sorry. Mel masih terkejut"
Qaef hanya tersenyum. "Qaef mandi dululah"
Aku sekadar mengangguk. Sedang aku berbaring atas katil yang empuk, mata aku mula rasa berat. Penat.
"Mel.." tiba-tiba lengan aku terasa seperti digoncang.
"hmmm"
"bangun, mandi atau tukar baju sana" arah Qaef.
Aku tidak berganjak. Ngantuk. Penat. Tak larat pun ada.
"tak laratt" ujar aku. Mata masih terpejam rapat.
"Mel nak Qaef mandikan ke?" bisiknya di telinga aku.
Dengar sahaja kata-kata Qaef mata aku kembali segar.
Aku bingkas bangun. "terima kasih je lah. Ahhh!" jerit aku terkejut.
"kenapa Qaef pakai tuala je? Pakailah baju sana" marah aku. Mana taknya, bila kau lihat dia hanya bertuala je. Aku pula yang malu. Aku cepat-cepat tutup muka.
"kenapa? Mel malu?" soalnya sambil melempar senyuman menggoda.
Malas aku nak layan. Badannya yang semakin hampir dengan aku, aku tolak kasar keatas katil. Lalu, aku cepat-cepat lari masuk kedalam bilik air.
"Mel tolak Qaef?" soal Qaef tidak percaya. Mati aku..
Aku menghembus nafas lega. Nasib baiklah aku tak jadi lauk dia tadi.
Seusai mandi, aku mencari pakaian aku.. Eah? Aduh, aku terus masuk dalam bilik air tadi. Tak sempat aku nak ambil baju salin.
Aku menepuk dahi. Asallah dengan aku ni? Bengap sangat.
Aku melihat diatas rak-rak dalam bilik air hanya ada tuala sahaja.
Tak akanlah aku nak berkemban je? Memang taklah.
"Qaef?" aku memanggil Qaef sebenarnya aku cuma nak pastikan dia ada dalam bilik ke tak. Itu je.
"ya? Kenapa Mel?" sahut Qaef.
Alamak, dia ada pula dekat luar. Macam mana ni?
"errr.. Qaef, Qaef boleh keluar sekejap tak?"
"kenapa?"
"alaaa keluar jelah sekejap" rayu aku.
"tak nak. Mel keluar je lah" balas Qaef lagi.
Aduh.. Degilnya lelaki ni. Nak buat macam mana ni?
Sedang aku tengah susah hati. Tiba-tiba aku rasa macam ada sesuatu menyelinap di kaki aku.
Aku memandang kearah bawah. Alangkah terkejutnya apabila melihat lipas dikaki aku.
Tanpa fikir panjang, aku terus menjerit ketakutan.
"Argghhhhhhhh!!"
Qaef yang diluar aku rasa dia mesti terkejut. Kuat pintu bilik air dia ketuk.
YOU ARE READING
A FAKE CINDERELLA [C]
RomanceYesterday is a HISTORY, Tommorow is a MISTERY, But today is a GIFT. 🔸🔸🔸🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸🔸🔸🔸 EVERY fairy tales story end with happily. And, I want it too. Snow white found her true love. Cinderella found her true love. Rapunzel found her true love...