18 :👑

46 4 0
                                    

Sedang aku dalam keresahan. Tak tahu macam mana nak balik, tiba-tiba papa Iz menegur aku. Terkejut aku dibuatnya.

"Mel ada dekat sini?"

Aku tersenyum palsu. "ha ah. Mel balik sekejap, ambil barang"

"owh. Habistu ni, Mel tunggu siapa?"

"er..hmm.. Err.. Mel, Mel tunggu, hah, Mel tunggu Grab. Kejap lagi sampailah tu" ujar aku menipunya.

"Daripada Mel membazir duit naik Grab, kebih baik papa Iz yang hantarkan"

"Eah. Tak apalah, Mel tak nak susahkan papa Iz."

"mana ada susahnya. Papa Iz, papa Mel kan? Tak susahlah. Lagipun hujan lebat ni. Susah Grab ke teksi nak masuk sini. Biar papa je hantar Mel"

Walaupun aku berkeras tak payah. Dia tetap dengil. Aku nak buat macam mana lagi? Tak akanlah aku nak tengking dia pula, cakap aku tak nak, kan? Biadap namanya tu.

Nak tak nak, aku naik juga kereta dengannya.

Dalam kereta, aku senyap membisu. Tak tahu nak berbual apa. Aku pun satu, langsung tak jengah-jengah luar.

Lagu yang didendang di corong radio aku dengar khusyuk. Sesekali aku ikut bernyanyi untuk tenangkan hati yang gelisah.

"papa dengar kamu dah kahwin" tiba-tiba papa Iz bersuara. Aku terkelu. Mata aku terbutang luas. Apa yang aku nak jawab.

"Eah....er.. Ma..mana papa Iz dengar ni? Mengarut je" kata aku gugup. Nafas aku mula tak teratur. Anak mata aku liarkan kesekeliling.

Dalam hati tuhan je tahu perasaan aku ketika ini. Apa yang aku nak buat? Qaef tolong Mel...

Tiba-tiba papa Iz menghulurkan talefonnya pada aku. Tertera di skrin talefon gambar perkahwinan, tapi aku tak pasti siapa.

Aku beranikan diri, talefon itu aku capai. Mata aku melihat gambar di skrin talefon itu.

Wait...what?? Ga...gambar ni.. Dari mana dia dapat?

"da..da..dari mana... Papa Iz dapat gambar ni?" soal aku dengan sisa terkejut.

Papa Iz tidak menjawab. Tidak lama kemudian, kereta yang dipandunya berhenti di satu tempat sunyi yang aku sendiri tak tahu dimana. Kelihatan bangunan-bangunan lama di sebelah kanan, dan hutan-hutan disebelah kiri.

Suasana sunyi itu hanya diterangi dengan lampu jalan sahaja.

"ki...ki..kita dekat mana ni? Ni...ni bukan jalan nak ke rumah kawan Mel" kataku gagap. Aku dah takut.

"Kenapa Mel tipu papa? Kenapa tak beritahu?" soalnya.

Aku tercegang. Kenapa dia nak marah pula ni?

"kita dekat mana?!" jerkah ku ketakutan.

"Jawab soalan papa! Kenapa
tak beritahu papa Mel dah kahwin?" jerkahnya kembali.

Aku menjengil papa Iz tajam. Apa yang dia fikirkan sebenarnya ni?

"Yes. I'm married. Why? Penting ke kalau Mel beritahu papa ke tak?" lantang aku bersuara.

Papa Iz merenung aku lama. Sedang aku sibuk menarik muka.  Aku merasakan tangan papa Iz menyelinap di tengkuk aku.

"apa papa Iz ni? Lepaslah" marah aku sambil meronta.

"Diam!!" tengkingnya buat kali pertama selepas beberapa bulan dia digelar ayah tiri aku.

Aku terkelu dan terdiam. "Aku tak suka kau kahwin sebab aku nak kau! Kau ingat aku ada hati dengan mak kau? Hei, aku kahwin dengan mak kau sebab aku nak dekat dengan kau je lah!" jerkah papa Iz sambil cuba memeluk aku.

A FAKE CINDERELLA [C]Where stories live. Discover now