14 :👑

47 4 0
                                    

Keesokkan paginya, pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk solat subuh, aku lihat Qaef baring diatas sofa. Nasib baiklah dia faham aku.

"Qaef.. Bangunlah solat" kejut aku perlahan.

Qaef membuka matanya perlahan. "apa?"

"solat subuh. Dah nak habis waktu dah ni"

Qaef bangun dari baringnya. Seusai solat, aku menyalam tangannya. Aku tahu Qaef masih penat.

"Qaef, Qaef tidurlah atas katil. Sakit badan tidur atas sofa" kata aku risau.

"eah. Tak apalah, biar Qaef tidur atas sofa je."

Aku tak puas hati. Degil betullah mamat ni.

"kalau Qaef tak tidur atas katil, esok Qaef tak jumpa Mel dah" ugut aku kasar.

"ish. Apa cakap macam ni. Main ugut-ugut pula"

"tak adalah, Qaef tak nak dengar cakap Mel. Mel cuma tak nak Qaef tidur atas sofa. Mel rasa kesian" kataku jujur.

Qaef tersenyum. Terserlahlah lesung pipit dikedua belah pipinya.

Kepala aku diusapnya lembut.

"baiklah.. Tapi..."

"tapi apa?"

"Tapi, lagi best kalau Mel baring sekali sebelah Qaef" bisik Qaef.

Eii.. Sempat lagi dia mengatal.

"Eii.. Apa ni, sempat lagi eah? Dahlah, malas nak layan" kata aku lalu bingkas bangkit dari sejadah.

🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸

Aku ke kolej seperti biasa. Kehidupan aku di kolej macam biasa. Semua tak tahu aku dah kahwin, jadi masih ramailah lelaki yang mahu try aku. Hahaha.

Sebenarnya aku dah dua minggu tak datang kolej... Ada hal peribadilah katakan. Nasib baik tok abah rapat dengan pengetua kampus.

"weyh. Kau sakit ke? Asal dah lama tak datang?" soal Qaseh.

Aku tersenyum. "taklah. Aku ada hal"

"hal apa sampai dua minggu tak datang? Kau tahu tak, semua lelaki tak henti cari kau. Kau pun tak bagitahu kitorang. Penat cari idea bagi alasan tau" celah Ilya.

Aku meraup rambut aku kebelakang.

"asal nak pening-pening pula? Cakap je lah aku tak ada. Kau pun tahu aku tak minat, aku layan pon sebab suka-suka. Sama macam kaurang juga" balas aku. Sempat juga aku perli mereka.

"Hahah.. Kitorang gurau je. Tu pon nak ambil serius"

"Mana ada.."

Sedang kami berbual. Tiba-tiba Izzati yang datang entah dari mana dengan tercunggap-cunggap mencari aku.

"kau ni dah kenapa?"

"ha. Yalah, macam dah tak cukup tanah kau lari. Ada apa?"

"Su...su... Suria buat hal lagi" kata Izzati gagap.

"apa maksud kau" aku dah naik hantu. Apa pula betina tu buat kali ni?

"dia mengamuk. Dia masih marah dengan apa yang kau beritahu pada dia hari tu. Sekarang dia dekat bilik jahitan. Tengah mengamuk, habis baju yang kau buat. Tarikh kena hantar tu dahlah tunda sampai hujung bulan ni. Baju kau..." tak sempat Izzati habiskan ayat, aku dah mengangkat kaki melangkah mencari Suria.

Qaseh dan Ilya sudah risau. Pantas mereka paut tangan aku.

"sabar..sabar.. Kau tak boleh macam ni"

A FAKE CINDERELLA [C]Where stories live. Discover now