19 :👑

73 4 0
                                    

Kepala aku pening. Kejadian malam tadi masih tergiang difikiran aku.

"le..lepaskan Mel" kata aku tanpa sedar. Merayu meminta dilepaskan.

Tiba-tiba, badan aku dipeluk seseorang. Aku panik. Aku cemas. Apa aku nak buat? Siapa dia?

"Lepassss.." rayu aku lagi. Air mata mula mengalir dipipi.

"Mel,, bangun Mel.. Bangun, ni Qaef" kedengaran satu suara sedang cuba untuk menenangkan aku.

Aku membuka mata dengan perlahan-lahan. Aku lihat Qaef dihadapan aku.

Pantas aku memeluknya. Air mata, semakin deras jatuh dipipi.

"Me..Mel takut.. Iskk..iskk.." kata ku ketakutan.

"Shhh.. Qaef ada. Tak payah risau. Qaef ada." ujar Qaef menenangkan aku. Badan aku dipeluknya erat.

Aku masih takut. Trauma dengan kejadian semalam. Badannya aku peluk erat.

"dah, dah.. Mel dah selamat. Qaef ada. Qaef janji, Qaef akan jaga Mel macam Qaef jaga diri Qaef" katanya lagi. Umbun-umbun aku diciumnya lama.

🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸

Qaef masuk kedalam bilik bacaannya dengan perasaan marah. Semua benda tak kena. Hatinya gusar memikirkan tentang Meliya.

"Iman!" panggilnya.

"Ada apa tuan?"

"Macam mana dengan jantan tak guna tu?" soalnya senada.

"Dato' Izwan dah dipenjarakan tuan"

Qaef mengalih pandangannya.
"bagus. Aku nak, dia merempat dalam penjara. Dasar jantan tak guna!"

Suasana sunyi seketika. Tidak berani Iman mahu mencelah.

"huh.. Ada seperkara lagi tuan" celah Iman. Ayatnya tergantung.

Qaef sekadar memandangnya dengan isyarat untuk memberitahunya.

Iman berjalan kearah Qaef lalu membisik sesuatu ditelinga Qaef. Qaef kelihatan agak terkejut. Raut wajahnya jelas berubah.

"kau pasti?"

"ya tuan"

Qaef tidak bersuara lagi. Dia terduduk. Iman yang dari tadi berdiri disitu juga mengatur langkah keluar dari bilik bacaan Qaef.

🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸

Beberapa hari ni aku rasa tak sihat. Kalau ikutkan, hampir 3 bulan jugalah aku tak masuk kampus. Kejadian hari itu betul-betul beri impak besar pada aku.

Aku jadi takut dengan orang sekeliling kecuali dengan orang-orang yang aku yakin dan percaya. Macam suami aku sendiri, Iman, Tok abah dan Syah. Syah baik pada aku, aku percaya dia.

Aku duduk didalam bilik termenung. Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk lembut.

"masuklah"

Aku lihat Kak Lin masuk kedalam bilik aku sambil membawa semangkuk bubur dan air.

"Mel, makanlah sikit. Daripda semalam Mel tak makan. Makan pun, sikit je"

"tak aplah, Mel tak lapar" tolak aku lembut.

"Mel, kamu tak boleh macam ni, kamu kena kuat. Kalau bukan untuk diri kamu, kamu kuatkanlah diri kamu tu untuk Tuan. Dia risau akan Mel tahu tak? Dia pun dah beberapa hari tak makan bil tahu Mel tak makan."

Aku tersentak. Betul ke? Aku memandang wajah kak Lin seakan tertarik dengan kata-katanya.

"ye ke?"

A FAKE CINDERELLA [C]Where stories live. Discover now