Makanan yang dihidangkan oleh kak Lin aku tenung lama. Tak ada selera. Nak kata jemu, bukan selalu aku makan masakan yang sama dari kak Lin. Entahlah.
Lauk udang masak sambal itu memberi bau hanyir pada aku.
Tak nak duduk situ lama-lama, aku terus naik atas dan berbaring.
Beberapa jam kemudian, aku teringat akan temu janji dengan Qaseh dan Ilya. Kelam kabut aku bersiap.
Boleh je aku batalkan. Tapi, dah lama aku tak jumpa mereka. Rindu terbuku didada.
Aku menekan butang lif, tapi lif tak sampai lagi. Aku ni dah lambat. Tak boleh nak buang masa lagi. Aku berlari menuruni anak tangga.
Pada anak tangga terakhir, entah bagaimana aku boleh tercicir satu anak tangga lalu terjatuh.
Tubuhku terhentak pada lantai. Sakitnya tidak dapat dibayangka. Perutku seakan dipijak-pijak. Sakit sangat.
"kak Lin!" jeritku memanggil kak Lin meminta bantuan. Kesakitan yang aku tanggung itu membuatkan aku semakin lemah.
Aku kuatkan semangat dengan memanggil kak Lin dan Iman. Mana mereka ni.
Tidak lama kemudian, dunia aku gelap. Kesakitan yang aku rasakan tapi sudah tidak dirasainya. Tubuhku lemah.
🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸
"assalamu.... Ya allah! Mel!" jerit kak Lin terkejut selepas melihat tubuh Mel yang berlumuran darah itu kaku diatas lantai.
Pantas Kak Lin mendapatkannya lalu menelefon ambulans.
Di hospital, Kak Lin mundar mandir risaukan Mel. Tidak lama kemudian Qaef muncul dengan kelam kabutnya.
"kak Lin, macam mana dengan isteri saya?" soal Qaef cemas.
"Mel masih dekat dalam. Kak Lin pun tak tahu apa yang berlaku, rasanya dia jatuh tangga. Kak Lin balik dari pasar nampak Mel sudah terbaring tidak sedarkan diri." ujar kak Lin cemas dan panik.
Qaef mula buntu. Dia takut sekiranya perkara buruk berlaku pada isterinya.
Tiba-tiba, dalam kerisauan, seoranv doktor keluar dari unit kecemasan.
"doktor, isteri saya macam mana? Dia ok ke?"
"sabar Encik. Buat masa sekarang alhamdulillah keadaan puan Meliya sudah stabil. Dia masih memerlukan rehat yang cukup. Dan alhamdulillah kandungannya juga selamat" terang doktor itu.
Qaef mengerutkan dahinya. Terkejut. Kandungan?
"apa maksud doktor kandungan?"
"ya. Isteri Encik mengandung 4 minggu. Mungkin, dia juga tidak tahu menganai kandungannya memandangkan kandungannya masih awal. Dia mesti kena lebih berhati-hati lepas ini" ujar doktor itu lagi.
Qaef yang khusyuk mendengar itu mula menitiskan air matanya. Tidak menyangka isterinya sedang mengandung. Kalau dia tahu, sudah pasti dia tidak akan tinggalkannya dan memaksanya untuk berjumpa doktor.
Kak Lin dan Iman cuba menenangkan hati Qaef yang sedang bercelaru.
"sabar Tuan. Saya yakin Puan Mel tak apa-apa. Dia kuat orangnya" ujar Iman sambil mengusap lembut belakang badan tuannya itu.
Qaef hanya diam membisu memikirkan tentang keadaan isterinya.
Dalam beberapa jam menunggu di luar bilik bedah, akhirnya Mel selamat dipindahkan di wad biasa. Buoan biasa, tapi wad persendirian.
"doktor. Boleh saya masuk?"
"boleh. Keadaannya dah stabil. Biarkan dia berehat secukupnya"
Qaef tersenyum lega. langkah kecilnya diaturkan masuk kedalam bilik wad isterinya.
YOU ARE READING
A FAKE CINDERELLA [C]
RomantizmYesterday is a HISTORY, Tommorow is a MISTERY, But today is a GIFT. 🔸🔸🔸🔸🔸🔸👑🔸🔸🔸🔸🔸🔸 EVERY fairy tales story end with happily. And, I want it too. Snow white found her true love. Cinderella found her true love. Rapunzel found her true love...