20 :👑

53 3 0
                                    

"shhh.. Shhh.. Ni bukan salah Mel pun lah. Dah, dah. Qaef minta maaf ya?" ujarnya.

Aku hanya diam tidak membalas. Hanya tangan yang bergerak. Air mata masih tidak berhenti mengalir.

"Alah, senyumlah sikit. Kata risaukan Qaef, nak rawat Qaef. Macam mana Qaef nak sihat kalau jururawat Qaef masam je ni?" soalnya lalu dagu aku dicuitnya lembut.

Aku melemparkan senyuman nipis.

"Ha, macam tu lah. Baru bersemangat nak sihat ni"

Aku menjelingnya. "Eleyh. Mengada betul"

Qaef hanya tersenyum. Nampak lesung pipitnya. Comel.

Qaef tidak berhenti daripada memandang aku. Gayanya seakan ada sesuatu yang mahu dikatakannya.

"Qaef nak cakap apa?" soal aku mengejutkan dia.

"err.. Ma..mana ada. Tak ada apa"

"tak payah nak tipu Mel lah. Qaef ada benda nak bagitau kan? Pasal papa?" soal aku cuba meneka.

Tiba-tiba dia mengeluh pendek. "Mel, dah tahu? Maafkan Qaef sebab masukan papa Iz dalam penjara. Dia masih papa Mel kan? Walaupun papa tiri" katanya.

Aku hanya diam. Memproses kata-katanya dengan penuh berhati-hati.

"buat apa Qaef nak minta maaf? Papa tiri tak papa tiri, dia dah buat salah. Dia patut terima hukuman. Apa yang Qaef buat betul. Lagipun, Mel dah tak nak cakap pasal ni. Mel nak lupakan semua ni, boleh?"

Qaef memandang aku dengan mata sayu.

"boleh. Qaef lagi suka. Selagi Qaef ada, Qaef janji, Qaef akan jaga Mel macam nyawa Qaef sendiri. Dan Qaef janji, Qaef dah tak akan cakap pasal ni lagi" katanya lagi berjanji.

"promise?"

"yes! Promise"

"okay"

Aku menyambung menekap dahinya lagi. Semakin lama, demamnya makin surut.

"Qaef mesti laparkan? Jap, biar Mel masak bubur"

Qaef memandang aku curiga. "Mel masak bubur?"

"Apa? Ingat Mel tak reti ke?" soal aku marah. Dia hanya tersengih.

"Tak adalah. Qaef gurau je" balasnya lalu mencuit hidung aju lembut.

"Tunggu!" teriak aku sambil berlari keluar dari biliknya.

Aku lantas kedapur. Bahan-bahan nak buat bubur aku dah sediakan.

Hei.. Jangan ingat aku tak pandai masak ya. Aku lagi hebat memasak dari Qaef tau. Hahaha.. Walaupun masakan aku kadang-kadang masin, tapi masih boleh diperbaiki.. Hahaha..

Aku memasak bubur isi ketam. Dengarnya isi ketam bagus untuk orang demam. Entah iya entah tidak.

Selepas beberapa minit masak bubur, aku kembali kebiliknya dengan sedulang berisi semangkuk bubur, secawan air dan ubat-ubatan.

"Hah.. Dah siap. Makanlah. Hati-hati panas"

Qaef memandang bubur itu semacam. "Qaef tak laparlah"

"Jangan nak mengada. Makan! Dah lah dari semalam tak makan, Mel penat-penat masak, kata tak lapar pula" kata aku dengan tegas.

Riak wajah Qaef agak terkejut jugalah. Hah, kau belum kenal siapa aku lagi. Ahahhaha.

Qaef mencebik muka. Ingat comel ah? Tapi, memang comel pun.

"hmm.. Apa Qaef dapat kalau Qaef habiskan bubur ni?" soalnya inginkan sesuatu.

"hurmm.. Qaef dapat... Qaef dapat sihatlah" balasku selamba.

A FAKE CINDERELLA [C]Where stories live. Discover now