1-Break The Rules

278 5 0
                                    

Jam di pergelangan tangan dilihat buat sekian kalinya. Waktu menunjukkan tepat pukul 12.30 malam, tapi mata tetap juga tidak mahu tidur. Pelajar - pelajar yang lain sudah pun nyenyak tidur dibuai mimpi di dalam bilik yang sudah gelap ini. Raisya bangun daripada pembaringannya, senyap - senyap dia mengatur pergerakannya supaya tidak mengeluarkan bunyi yang boleh membangunkan mereka. Raisya keluar dari bilik dengan sepantas yang boleh dan terus berjalan ke tangga. Dia mengambil sedikit nafas, untuk memulakan operasinya pada malam itu. Bende macam ni kene buat laju tanpa tinggalkan kesan.

Raisya turun tangga dengan penuh berhati - hati tapi laju. Dia terus ke tempat ampaian belakang. Dia melihat jam tangannya, pukul 12.55 pm. 5 minit lagi pasti pakguard akan membuat rondaannya, dan ini adalah peluang baik untuk dia larikan diri. Dia memakai topi untuk menutup wajahnya, setelah itu dia terus memanjat tembok itu dan berlari laju tanpa menoleh ke belakang.

Raisya Izz binti Jio Marquinez itu nama aku. Ya ayah aku filipino-australian, so secara tidak langsung aku menjadi anak kacukan hasil dari ibu ku yang melayu. Walaubagaimanapun, aku tidak lah terlalu fasih dengan tagalog, sikit- sikit sahaja belajar dengan ayah. Aku dibesarkan dengan adat dan budaya melayu. Ayah ku masuk islam dan menyebabkan dia dibuang keluarga, jadi aku tidak pernah jumpa keluarga ayahku. Ibu ku pula hanya gadis kampung dan jatuh cinta pada lelaki filipina ini, keluarganya merestui dan bersama - sama mengajar ayah ku apa itu islam. Hidup ku tak mewah tapi cukup seadanya. Ayah ku seorang arkitek, selepas dibuang keluarga ayah ku mencari minatnya dan belajar dari bawah, akhirnya dia menjadi seorang arkitek yang berjaya dimataku. Aku sangat sukakan lakaran - lakaran yang ayah ku pernah buat, cantik dan bergaya. Walaupun aku anak tunggal, ibu dan ayah tetap masukkan aku ke asrama, katanya supaya aku belajar berdikari. Aku tidak kisah, asalkan ibu dan ayah aku gembira aku okay, walaupun aku ni nakal sikit tapi ibu ayah tetap yang utama.

Aku berhenti berlari di taman kawasan perumahan yang agak dekat dengan sekolah ku itu. Aku mencari - cari nafas kerana keletihan berlari, setelah lega Aku berjalan ke satu pokok yang berada di situ, aku memanjatnya untuk mengambil sesuatu.

Tanpa disangka ada yang melihat perlakuan Raisya itu.

Raisya cuba menstabilkan dirinya apabila sudah mendapat barangnya, Raisya yang gembira dapat barangnya tidak perasan kayu yang dipijak itu telah pun reput. Raisya terus sahaja ingin turun dari pokok itu, tetapi kesilapan langkah yang dilakukan membuatkan tiada imbangan badan yang sempat dilakukan lalu dia hanya berserah kerana dia sudah pun rasa berada di awangan. Ibu ayah maafkan Raisya, bisik hati kecil nya. Dia mula pejamkan matanya.

Bukk!

Bunyi itu menyebabkan dia membuka matanya, kerana dia rasa sudah jatuh tetapi tidak rasa kesakitan. Apa yang dilihat dihadapan matanya adalah seorang lelaki memakai topi sedang memegangnya. Dia terkejut tetapi tatapan mata lelaki itu lagi membuatkan jantungnya berdegup kencang.

Ternyata lelaki yang memerhatikan nya tadi yang menyelamatkan Raisya.

"Kau okay?" pertanyaan itu membuatkan Raisya kembali ke dunianya. Cepat - cepat dia bangun dari lelaki itu dan berdiri. Malu sendiri. perasan takut mula muncul, apa lelaki ni buat tengah - tengah malam kat sini, entah - entah penjahat. Sedari lelaki itu telah pun menolongnya, dia cepat - cepat membuang tanggapan negatifnya itu.

"Terima kasih. Kau okay ke tu?" Raisya yang baru sedar dirinya disambut lelaki itu berasa risau kot2 dia terlampau berat, sakit belakang badan lelaki itu. bunyi jatuh tadi pun agak kuat.

"Okay je. Kau tak lah berat mana. Bola kau yang aku tersepak tadi." Seperti membaca fikiran Raisya, Lelaki itu menjawab sambil menunjukkan bola yang disepaknya tadi sebab nak menyambut Raisya. Apelah kau ni Lutfi. Lutfi mengambil topi Raisya yang terjatuh.

"Ouhh hehe."Raisya mengambil bolanya.

"Nah. Kau buat apa kat sini? sorang - sorang panjat pokok amik bola." Sambil menghulurkan topi dia bertanya untuk berbual, sedangkan dia sudah berbulan perasan gadis ini ke sini di tengah - tengah malam.

"Ouh, aku nak main basketball lah." Raisya senyum menayangkan bolanya. Takkan aku nak cakap yang aku fly pergi sini, gila ke apa.

"Okay, jom lah main dengan aku." Raisya melihat wajah lelaki itu, yang tidak berapa nak jelas itu, apa mamat ni nak ajak aku main. Disebabkan lelaki itu sudah menyelamatkan dia, dia hanya mengangguk bersetuju, at least aku ada kawan nak main hari ni.

"Aku Mikael."

"Raisya"lutfi Mikael tersenyum mendengar, sudah lama dia ingin tahu nama gadis itu.

Raisya mulakan mem'bump bola, tbh dia agak khuatir untuk bermain, sebab dia bukan lah hebat mana pun, dan lagi dia tidak pernah bermain dengan rakan rakannya. Hakikatnya dia takde kawan pun yang minat basketball.

"Raisya just do it. like always u did." Lutfi yang perasan Raisya takut melakukan pergerakan itu memberi kan sedikit semangat. Raisya yang mendengar terus sahaja yakin pada dirinya, dan buat seperti yang dia lakukan sebelum ini.

1 hour later...

"Good job Raisya"

"Thanks Mika" Raisya terus duduk kepenatan, first time dia bermain dengan orang lain dan ternyata ianya lebih memenatkan. Lutfi mengambil air yang dibelinya tadi dan diberikan kepada Raisya.

"Kau budak mana? Asal tak pernah nampak pun kat kawasan ni."

"Aku duduk Taman Bima Sakti."

"Jauhnya." Raisya yang sedar keterlanjuran dia menjawab sudah gelabah.

"Tak, itu rumah aku, aku kat sini duduk dengan.. makcik. Ha makcik aku. hehe"Raisya terus minum airnya lagi. Lutfi tersenyum, ingat aku tak tau kau fly sekolah. nasib kau bukan sekolah aku, kalau tak memang aku tangkap kau. Tetapi dia hanya biarkan Raisya membohonginya.

"Ouh. Asal kau selalu main waktu sekarang? tengah malam?"

"SELALU? mana kau tahu aku selalu datang sini?" Raisya sudah menjarakkan dirinya dengan Lutfi. Lutfi pula terdiam, shit macam mana boleh terlepas cakap ni.

"Aaa, aku pernah nampak kau main kat sini sebelum ni, so aku assume kau datang sini selalu." Lutfi menjawab teragak - agak, sambil mengusap belakang tengkuknya, habit bila sedang menipu.

"ouhh, ingatkan kau ni stalker."

"Takdenya aku nak stalk kau."Nice Lutfi, pandai kau cover. Lama mereka berdiam.

"Nobody knows, aku suka main game ni. Lagipun aku main nih suka - suka je. Aku rasa puas kalau aku dapat jaringkan bola, tekanan yang aku ada pun rasa terlepas, aku seronok. " Raisya membuka ceritanya dan tersenyum sambil melihat jaring gol itu. Lutfi seakan terkena panahan cupid selepas melihat senyuman Raisya, walaupun di kepekatan malam yang hanya disimbahi cahaya oren lampu jalan, wajah dia yang polos itu tetap terserlah seakan mencuit hatinya.

Raisya melihat jamnya. Pukul 3.10 AM.

"Ehh, aku dah lambat lah. Tolong simpankan bola ni. Bye."

"Wehh awal lagi. Esokkan cuti!"

"Bukan bagi aku. bye! Thanks for today."Raisya melambai dan terus berlari ke arah sekolahnya, pukul 4 waktu rondaan seterusnya. Mana boleh kantoi. Walaupun aku diajar yang baik - baik oleh ibu ayah ku, aku sendiri yang memilih untuk break the rules, asalkan aku tak buat jahat kat orang, aku tak rasa aku salah.

Lutfi melihat bola di tangannya dia tersenyum. Ada tertulis RJ disitu. Dia membawa pulang bola itu, supaya dia dapat jumpa perempuan itu lagi.






Ade perubahan sikit pada plot citer, maaf atas kesulitan ini.






Malaikat Itu Kepunyaan AkuWhere stories live. Discover now