Known as Surat Cinta Untuk Raisha Hanani ALERT! SPOILER PENGHULU BIDADARIKU! DENDAM dan konflik kekeluargaan menyebabkan mereka terpisah. Si isteri pergi meninggalkan dan sang suami rela ditinggalkan. "Aku takkan lepaskan kau. Takkan sesekali sebelum kesakitan yang kakak aku tanggung sepanjang tiga tahun ni terbayar. Semuanya masih belum terlunas. Takkan terlunas selagi kau... tak mengandungkan benih aku dalam rahim kau." _IMAN RAYKAL_ "Sha tak nak sekat kebahagiaan suami Sha. Sha harap abang gembira bila Sha tak ada di sisi abang nanti. Sha harap abang dapat kepuasan hati abang sebab apa yang kak Aira tanggung dulu... Sha akan tanggung sama." _RAISHA HANANI_ Setelah lima tahun berlalu, Raisha Hanani kembali ke pangkuan suaminya dengan tujuan menuntut penceraian, tetapi Iman Raykal berusaha untuk menakluki semula sekeping hati itu. "Jangan sesekali Sha tanggalkan cincin ni selagi abang masih hidup dan menjadi suami Sha." _IMAN RAYKAL_ "Abang... Sha nak abang. Sha tak nak berpisah. Sha tak nak berpisah dengan abang..." _RAISHA HANANI_ Iman Raykal fikirkan dia sudah berjaya memujuk sekeping hati itu untuk kekal dengannya, namun dia terlupa bahawa ada satu kesakitan besar yang sudah dia calarkan pada sekeping hati si isteri sehingga dia terpaksa melafazkan talak tatkala wanita itu sudah tidak mampu bahagia bersamanya. "Mulai saat ini... abang lepaskan sayang daripada perkahwinan kita." _IMAN RAYKAL_ Apa kesakitan yang dimaksudkan? Benarkah perpisahan terjadi? Sudah tiada cintakah di antara mereka sehingga perlu bertemu di mahkamah syariah?
51 parts