Dia ialah seorang Saif. Hidupnya penuh berliku angkara musuh yang tak pernah dia tahu. Dikelilingi seribu satu rahsia...diselubungi berjuta persoalan...namun dia tetap tabah mengharungi kehidupan. Dia seorang Furqan. Di depan Saif, dialah sahabat pertama. Yang sentiasa disisi, yang sentiasa memahami. Seorang yang nakal yang sentiasa menceriakan hidup Saif hari-hari. Tetapi di belakang Saif, dia juga punya rahsia yang disimpan kemas dari pengetahuan sahabatnya itu. Dia pula seorang Fathul. Disebalik sikapnya yang ceria dan gila-gila bahasa, hakikatnya dia adalah seorang putera. Setia pada persahabatan. Hobinya adalah menyakat Furqan. Tiga remaja, satu ikatan persahabatan. Kerana Saif, mereka bertiga sentiasa berdepan dengan bahaya. Mampukah mereka bertahan? Atau ada yang berundur di tengah jalan? Atau ada yang membelot dan menikam dari belakang? Segalanya di sini...AIM.