Rian Khadijaa, penulis popular, sama sekali tidak akan memandang lelaki tanpa harta kekayaan yang pada fikirannya amat penting untuk meraih penghormatan di mata masyarakat. Surat jemputan ke majlis reunion itu membuatkan Rian Khadijaa terasa panas hati apabila kehadiran tetamu yang dimestikan membawa pasangan, Rian pula mahu membuktikan kepada rakan-rakan sekolah yang selalu memandang rendah kepadanya dahulu. Bahawa dia sekarang mampu memiliki semua benda di dunia termasuklah teman lelaki yang paling sempurna. Adil Noursi, perpisahannya dengan Iris mengajarnya satu perkara. Harta, pangkat dan kekayaan tidak akan menjamin dirinya diterima sebagai sebahagian dari keluarga Iris yang mementingkan nasab dan keturunan. Hanya kerana dia dibesarkan di rumah kebajikan! Pertemuan dengan Adil yang selekeh membuatkan Rian tiada pilihan oleh kerana masa yang sangat suntuk. Si tukang cat dan pekerja sambilan itu diubah menjadi putera idaman wanita. Adil merahsiakan siapa dirinya. Dia mahu melihat sejauh mana Rian akan merendah-rendahkannya. Adil tidak sedar dirinya bermain api. Dia jatuh cinta pada Rian. Namun Hazryq terlebih dulu menawan hati Rian. Sekali lagi Adil pendamkan sahaja hasratnya. Cukuplah sekadar ada di sisi Rian sebagai seorang sahabat. Perbalahan dan pertengkaran yang sering tercetus antara Rian dan Adil membuatkan mereka rapat tanpa Rian sedari, hatinya sedang jatuh cinta. Akhirnya, rahsia Adil terbongkar jua. Rian terasa marah dan tertipu. Tetapi lebih kepada malu kerana sering memandang rendah pada Adil lelaki yang memiliki segala-galanya. Rian membawa diri. Tetapi hati tidak boleh disangkal lagi menyintai Adil yang baik, sederhana dan merendah diri.
42 parts