Seorang gadis bernama Qaisara Melissa terpaksa bekerja di sebuah restoran untuk menampung kehidupan dia dan neneknya iaitu Sariah. Namun semenjak dia bekerja di situ hidupnya perlahan lahan mula berubah apabila hadir rasa cinta terhadap bos nya Syed Qalif Al-Fatah.Hari demi hari Qaisara semakin berani untuk meluahkan perasaannya terhadap Qalif. Lelaki itu serba sempurna. Wajah yang mampu memikat hati para wanita. Dia juga seorang yang bekerjaya.Tetapi, mulutnya mengurangkan kesempurnaan diri.Dia bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain.Namun siapa sangka lelaki itu akan berubah suatu hari nanti kerana seseorang yang berjaya memiliki hatinya. "Saya sebenarnya suka dekat tuan. Boleh tak tuan balas balik perasaan saya ni?"-Qaisara Melissa- "Can you look at yourself first? Kau ingat aku banyak tolong kau sebab aku suka kau ke? Wake up Sara, im not interested with you." - Syed Qalif Al-Fatah Suatu hari,perasaan Qaisara yang telah lama mati mekar semula.Hati yang tidak bertuan telah mempunyai penjaganya.Adakah Qalif menjadi pemilik hati itu buat kali ke dua? Atau hati itu telah diisi dengan orang lain? "Sara,please choose me.I will take care of you better than him" Mampukah Qaisara menerima lelaki itu sepenuh hatinya.Hati yang mula keliru siapa yang memilikinya.