dhea arabella seorang gadis yang dibesarkan oleh mak long dan paklongnya sejak berumur 6 tahun akibat daripada kematian keluarganya pada ketika itu . sungguh malang nasibnya apabila kehilangan kedua orang tua sejak kecil di tambah lagi dibenci oleh maklongnya ? dhea terpaksa mengikuti maklong dan paklongnya yang bekerja di bawah sebuah keluarga terhormat sebagai pembantu rumah dan pemandu persendirian dikeranakan dhea yang hampir setiap masa berada di rumah agam itu membuatkan hubungannya dengan anak majikannya harraz raziel begitu akrab . namun , meningkatnya usia dhea menyedarkan dirinya bahawa dia harus melayani harraz layaknya seorang tuan dan bukan teman lagi . hal itu membuatkan harraz berasa tidak senang hati dan sentiasa mencari cara agar dhea selalu dekat dengannya harraz raziel - aku akan bagi kau peluang untuk kau hilangkan diri kau dari aku . kalau aku tak jumpa kau , kau bebas nak buat apa dan bersama sesiapun . tapi kalau aku jumpa kau , aku takkan sekali kali lepaskan kau lagi dhea arabella - dhea akan pastikan harraz tak akan jumpa dhea lagi . sebab memang itu yang dhea nak sejak dulu impiannya musnah apabila hasrat ingin menghilangkan diri dari hidup harraz tidak berjaya . jika dia pergi , kehidupannya yang baik di kemudian hari tidak akan terjamin , jika dia tinggal , hidupnya pasti akan terjamin selesa . Namun , hal itu bermakna dia akan terus hidup bersama harraz . apakah keputusan yang akan dia pilih ? apa yang akan berlaku jika dia kekal hidup berdekatan dengan harraz ? maafkan saya yang banyak typo 🙏🏻
50 parts