Suri Hawani menjadi mangsa hasad dengki Yusra Zulaika yang mahukan kedudukannya sebagai wanita kesayangan Emir Hadi. Pelbagai fitnah dan adu domba dilakukan agar Suri terbuang di dalam hidup Emir. Perbalahan demi perbalahan sehingga akhirnya Emir melafazkan talak kepada Suri. Dia dibuang oleh Emir bagai anjing kurap yang penuh jijik. "Sebenarnya Suri dah lama curang dengan abang! Dia ada skandal dekat pejabat!" - YUSRA ZULAIKA. "Tak, abang! Saya dengan Zayn tu tak ada apa-apa pun! Saya tak curang dengan abang!" - SURI HAWANI. Malang terus menimpa hingga Suri terlibat dalam kemalangan yang merosakkan seluruh wajah dan tubuh badannya. Berbulan-bulan di hospital tanpa pengetahuan sesiapa namun suatu hari ada seorang lelaki yang egoistik dan optimistik hadir menghulurkan bantuan. "Now you choose, sama ada you nak pergi pada anak kandung you atau you nak pergi pada anak susuan you. They're both your legal children but you can only choose one." - TAN SRI ISKANDAR RAID. Namun apabila bertemu semula dengan Emir, dia seperti tidak mahu melepaskan dendamnya. "Keperibadian Puan Sri mengingatkan saya pada arwah bekas isteri saya, Suri Hawani. Cara Puan Sri pandang saya... bercakap dengan saya amat mirip dengan dia." - EMIR HADI. "Ya ke? Mungkin sebab you rasa you ada dosa dengan dia, itu yang asyik teringat saja tu." - ANGGUN ALESSA. Habis punah semua rasa angkara dusta. THE REVIVAL OF LOVE