Darla Amanda ialah seorang gadis pemalas. Dia berharap yang dia kembali ke zaman dulu kerana dia fikir yang kehidupan perempuan zaman dahulu lebih senang berbanding zaman moden ini. Tanpa disangka kata-katanya itu menjadi nyata. Dia mendapati dirinya sudah berada pada zaman dahulu. Atau lebih tepat pada tahun 1630. Ehh! Ini kan nenek dan datuk moyang aku?!- Darla Amanda Pada zaman itu juga dia telah berjumpa dengan seorang lelaki tampan yang hampir sesusia dengannya. Lelaki itu bernama Hadi dan dia seorang yang agak dingin dengan semua orang. Tapi yang peliknya lelaki itu hanya baik dan lembut pada Darla sahaja. Bolehkah Darla mempercayai Hadi? "Tempat aku lain dengan tempat kau. Macam alam lain. Kalau aku cerita mungkin kau takkan percayalah."- Darla Amanda "Kau ni orang bunian ke?" - Hadi Kehidupan pada zaman itu tidak seindah yang Mawar fikirkan. Satu persatu cabaran datang menimpanya. Malah lebih teruk dari kehidupan pada zamannya. Darla juga dapat merasakan ada sesuatu yang pelik tentang Hadi. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan tentang dirinya. Dapatlah Darla bongkarkan segalanya? Dan dapatlah Darla mencari jalan pulang?