BAU parfum yang wangi terus menyelubungi segala ruang bilik tidur rumah itu. Namun bau ini sangat menghairankan Mawar Elena.
Nak ke mana dia ni? Dating dengan Alice agaknya.
Perasaan cemburu dan ingin tahu kuat menguasai hati Mawar Elena. Haih, salah ke apa yang berlaku antara mereka sampai Rayyan tidak langsung menyerpa aku?
Tapi... kejap! Bukan ke aku yang patut marah dan tak bercakap dengan Rayyan sebab aku yang lebih terluka? Ni apa hal pulak dia yang merajuk dengan aku?
Patutnya dia yang pujuk. Dia kan suami.
Ah! Lantaklah...! Dia nak pergi dating ke nikah satu lagi ke? Lantak pergi! Buat apa aku nak peduli? Aku tak rugi satu sen pun.
Sebaliknya dia yang rugi sebab mensia-siakan peluang dan ruang yang aku bagi.
Mawar Elena gigih membuang perasaan marah dan cemburunya. Dia terus berlalu duduk di ruang tamu.
Televisyen dibuka. Dia menonton rancangan TV untuk melekakan diri. Cuba hiraukan keadaan Rayyan yang seolah-olah lupa apa yang sedang berlaku di antara mereka.
Rayyan turun dari tingkat bilik tidur mereka. Dia terlihat Mawar Elena sedang khusyuk menonton televisyen.
Haih, Elena ni tak nak tahan aku dari pergi makan malam dengan Alice ke? Bukan ke sepatutnya dia cemburu aku nak keluar dengan perempuan lain?
"I keluar dengan Alice kejap. You nak kirim apa-apa ke?" soal Rayyan.
Dan... Itulah kali pertama suara Rayyan berbunyi selepas seminggu tidak bercakap dengan Elena.
Elena menggeleng.
"Tak payahlah. Tak nak ganggu korang dating."
"Bukan dating. Makan malam biasa aje. You tak nak ikut ke?"
"Kalau I ikut, mahu kejung Alice tu dibuatnya sebab I ada. Nanti dia tahulah apa hubungan kita ni."
"Apa hubungan kita?" Rayyan menduga.
"Suami isteri." jawab Elena.
"Suami isteri yang...?"
Elena menjulingkan matanya ke atas.
"Suami isteri yang langsung tak bahagia. Dahlah, pergilah cepat. Nanti Alice tunggu. Kesian dia."
Damn! Sepatutnya Elena menjawab suami isteri yang sangat mencintai satu sama lain. Hmm...
Rayyan mengeluh. Marah lagilah tu.
"I pergi kejap aje. Nanti ada apa-apa atau nak apa-apa, telefon I."
Elena mengangguk malas.
"Have fun, lovebirds!" katanya.
Rayyan diam walaupun dia tahu Elena memerli.
Pintu ditutup. Mata Elena giat memandang pintu itu. Nafas panjang dihembus.
Apakah kesudahan hubungan kita ni Rayyan Hafeez? Takkanlah rumahtangga kita ini hanya diriuhkan oleh masalah, pertelingkahan dan ego?
Mana pergi semua janji, sumpah setia dan cinta yang pernah kita lafazkan suatu ketika dahulu? I sendiri penat dengan semua ini.
Yang paling penting, adakah masih ada kita dalam perhubungan ini atau hanya tinggal jasad yang memang tak boleh membahagiakan dan dibahagiakan oleh sesama sendiri lagi?
Apa jawapannya, Rayyan? Apa! I harap you ada jawapan itu.
~~~
"APA sebabnya you ajak I makan malam ni?" soal Rayyan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adakah Masih Ada Kita (Completed)
Romance"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang...
