Bab 3

18.3K 757 18
                                        

"MASIH beringin dengan papa ke?"

Elena diam. Dia masih leka menaip kerjanya pada papan kekunci dalam komputer riba.

"El, tak nak cuba beri peluang pada Rayyan ke?"

"Orang macam dia tu tak layak dapat peluang kedua. Kalau betul dia nak peluang kedua, semasa dalam tempoh lima tahun dulu dia minta. Bukan sekarang. Bukan setelah hati El tertutup rapat untuk dia." jawab Elena.

"Tapi dia masih suami El..."

"Masih suami atau tidak itu tak lagi menjadi perkara utama. Apa, disebabkan dia masih lagi suami, El tak layak untuk marah dia setelah apa yang dia buat pada El? Papa, walaupun dia suami tapi dia bukan maksum dan El bukannya semudah itu untuk maafkan dia."

Tan Sri Eidres mengeluh berat. Keras benar hati anak perempuan tunggalnya itu.

"Kenapa El terus menghukum dia tanpa El tahu pokok pangkal cerita? Tak adil begitu untuk Rayyan."

Jari Elena terhenti menaip. Dia mengeluh sebelum memandang ayahnya.

"Kenapa pulak papa memilih untuk merahsiakan siapa dia pada El hari tu dengan mengatakan bahawa dia adalah Dr Hafeez Hassan bukan Dr Rayyan Hafeez bin Hassan? Tak adil begitu untuk El juga kan?"

Kata-kata Tan Sri Eidres kembali diajukan pada dirinya.

Elena menggeleng.

"Papa, El tak kesah papa nak berbaik dengan dia atau masih nak menganggap dia sebagai menantu. Terpulanglah pada papa, itu hak papa tapi tolonglah jangan pujuk El untuk anggap dia sebagai seorang suami meskipun dia masih lagi suami sebab El tak boleh. Memang payah untuk El terima sebab luka masih lagi terasa."

"Sekurang-kurangnya bagi El masa dan bagilah El ruang untuk El dengan dia buat keputusan. Papa dah kata untuk biarkan kami buat keputusan sendiri kan? Jadi apa pun keputusan yang kami putuskan, papa boleh terima."

~~~

"TERIMA kasih Fadh sebab kasi aku duduk rumah kau. Nanti bila aku dah dapat rumah lain, aku akan pindah." ucap Rayyan.

"Eh, kau ni! Apa pulak kata macam tu? Aku tak ada apalah in fact aku lagi suka kau tinggal sini. Sekurang-kurangnya aku ada teman borak, teman kerja. Taklah aku sendu dalam rumah ni seorang diri."

Rayyan tersengih.

"Weh, apa kata kau cerita sikit latar belakang kau pada aku. Yalah, aku pun kenalah tahu serba sedikit tentang housemate aku." kata Fadh.

"Boleh, apa yang kau nak tahu?" soal Rayyan.

"Basic. Apa aje yang kau nak beritahu aku, kau boleh beritahu aku."

Rayyan menghirup air kosong sebelum memulakan cerita.

"Okey, aku berasal dari sini. Anak jati KL. Arwah mak aku suri rumah dan arwah ayah aku seorang tentera berpangkat Kapten Bersara. Tapi arwah mak dan ayah aku meninggal sebab sakit tua. Mula-mula ayah aku pergi dulu namun sebulan kemudian mak aku pulak yang pergi. Aku tak ada adik-beradik, anak tunggal."

"Aku tak ada saudara-mara. So since mak ayah aku meninggal aku hidup berdikari. Aku bekerja merata tempat untuk cari duit poket. Bertahun jugalah aku cari duit sendiri tapi bila dah cukup, aku apply sambung belajar di luar negara sebab result SPM aku cemerlang."

"Akhirnya aku dapat sambung belajar di Sydney, Australia di medical school selama enam tahun. Habis aje belajar di Sydney, aku terus pergi menetap di UK selama setahun untuk kononnya ubah angin tapi end up aku pergi pulak ke Jakarta, Indonesia dan duduk sana selama empat tahun sampai bulan lepas."

Adakah Masih Ada Kita (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang