Bab 4

15.2K 534 0
                                    

Sydney, Australia - 2014

"MASUK kali ini dah empat kali kau keluar masuk bilik disiplin. Kau nak kena buang universiti ke?" soal Salina.

Mawar Elena mencebik. Dia seorang yang degil. Katalah apa pun pada dia, dia tetap berkeras.

"Bukan salah aku pun. Minah saleh tu yang serabut. Aku tak cari pasal dengan dia tapi dia sibuk kutuk aku. Mana aku tak angin." kata Elena.

Salina mengeluh kecil.

"Regina tu memang macam tu kan since fresh year lagi? Yang kau layan dia tu kenapa? Haih, tak ada penyakit, cari penyakit. Sekarang ni mata Regina tu dah lebam sebelah sebab kau tumbuk mata dia."

Elena tersenyum sinis. "Padan muka dia. Siapa suruh mulut dia macam loji tahi sangat?"

Kemudian saat Elena ingin beredar bersama Salina, Regina datang menghampiri Elena sambil berwajah tidak puas hati.

"Hey Elena! You will pay me for this." katanya.

Elena tersenyum sinis.

"Hey Regina, how's your eye? Oh no! It's look that the hot student in this university is turning as an alien."

Regina mengetap bibirnya menahan geram. "You such a bitch, Elena!"

Elena menggelengkan kepalanya.

"Whatever, Regina William! You are the person who want to play like a bitch with me so serve your right."

Elena terus berjalan meninggalkan Regina yang sudah cemberut wajahnya.

Setelah meninggalkan Regina, Elena dan Salina pulang ke apartmen mereka.

"Kau kena hati-hati El. Sekali lagi kau buat hal, Mr Johnson tak teragak-agak nak buang kau dari universiti tau." pesan Salina.

"Sal, kalau orang tak ganggu aku, aku takkan ganggu orang. Lagipun semua kesalahan yang aku buat selama ni pun bukannya salah aku. Regina dan balaci dia tu yang mulakan dulu."

"Ya, tapi aku cuma ingatkan kau aje. Ini bukan tempat kita dan ini bukan orang kita. Tersilap langkah, buruk padahnya."

Elena meneguk jus oren dalam peti sejuk itu sebelum bergerak keluar.

"Ya, Sal. Aku akan ingat. Dahlah, aku nak keluar kejap. Bye!"

"Eh, nak ke mana tu? Kita baru sampai rumah ni."

"Keluar, makan angin kejap."

Salina menggelengkan kepalanya. Mawar Elena binti Tan Sri Eidres ni memang tak makan saman punya orang.

~~~

CUACA pada petang ini agak sejuk berbanding pagi tadi. Elena mengeluh dalam kesejukan. Ah, kenapalah aku tak pakai baju yang lebih tebal?

Kini Elena hanya berpakaian white tops, fit blue jeans black boots and red neck scarf. Namun pakaiannya sangat tidak sesuai dengan cuaca sekarang.

Itulah namanya berfesyen tidak bertempat.

Dia bersiar-siar di sebuah taman rekreasi tidak jauh dari apartmennya. Saat dia berjalan-jalan, dirinya hampir terkena bola ragbi yang tiba-tiba melintas ke hadapannya. Mujurlah dia sempat mengelak.

"Ah!"

Dia mengelak bola itu dengan mengundurkan diri ke belakang secara automatik.

Adakah Masih Ada Kita (Completed)Where stories live. Discover now