"PERLU ke sampai pakai blind fold ni? You nak buat apa sebenarnya ni?" soal Mawar Elena yang tertanya tanya apa yang suaminya mahu lakukan.
Tangan Mawar Elena dipimpin oleh Rayyan Hafeez untuk membantunya berjalan di tempat itu.
"Kejaplah sayang, sikit aje lagi. Nak sampai dah." kata Rayyan.
"You bawa I pergi mana ni? Senyap aje tempatnya. You jangan buat I takut."
Rayyan tersenyum. "Nak takut apa? I kan ada lagipun it's suprise for you."
Rayyan memimpin Mawar Elena sampai tempat yang dia ingin bawa.
"Okey, dah sampai tapi you kena angkat kaki sikit sebab ada satu mata tangga yang you kena langkah."
Mawar Elena mengangkat kakinya. Kemudian Rayyan menyuruh dia berhenti dan tak lama kemudian blind fold dibuka.
Usai blind fold dibuka, Mawar Elena tergamam. Apa yang ada di hadapan kini sangat indah dan sungguh romantik!
"Abang..." panggil Elena.
Rayyan hanya tersenyum.
Di hadapan mereka kini ada sebuah meja makan yang dihiasi oleh lilin, makanan dan minuman kegemaran Mawar Elena dan lingkaran bunga mawar merah yang menghiasi seluruh dan sekeliling meja itu.
Sungguh romantik.
"Happy 7th anniversary, my lovely bunga! I hope you love when I did this to you." ucap Rayyan sambil memeluk dan mencium pipi Mawar Elena.
Namun Mawar Elena gembira dan terharu. Pada mulanya dia menyangka bahawa Rayyan lupa akan tarikh perkahwinan mereka yang jatuh pada hari ini namun sebaliknya lelaki itu bertungkus lumus menyediakan ini semua.
Sebuah candlelight dinner yang sangat romantik dan cantik. Malah malam ulang tahun perkahwinan mereka ini disambut di atas ruang bumbung terbuka Pantai Kasih Medical Centre.
"Abang, it is so romantic and adorable!" puji Elena.
Rayyan membawa Elena duduk di kerusi. "Have a sit, my lady!"
"Bila abang buat semua ni?" soal Elena yang masih tidak percaya.
"Petang tadi. Abang minta tolong semua kawan-kawan hospital untuk set up semua ni. Abang gembira sayang suka." jawab Rayyan.
Mawar Elena menggeleng.
"Haih, tak sangka abang seromantik ini. Speechless pulaklah..."
Rayyan tersenyum.
"Romantik untuk isteri tercinta sekali sekala, tak salah kan? Lagipun ini kan kali pertama kita sambut ulang tahun perkahwinan kita selepas perpisahan kita dulu. Alhamdulillah, akhirnya kita dapat juga kebahagiaan kita yang dulu tu."
"Jom makan?" ajak Rayyan.
Mereka berdua menikmati hidangan khas itu sebelum sambung malam romantis mereka.
Tak lama kemudian usai saja habis makan, Rayyan menghadiahkan Mawar Elena sebentuk cincin dan seutas jam tangan wanita.
"Ini semua untuk sayang. Sebenarnya abang dah beli semua tu dari abang tinggal di Landon lagi tapi abang simpan sebab abang percaya yang satu hari nanti, sayang akan pakai semua tu di malam hari ulang tahun perkahwinan kita dan akhirnya apa yang abang nakkan jadi kenyataan. Di malam ulang tahun perkahwinan kita yang ketujuh, abang dapat beri jam dan cincin tu dengan penuh kejutan dan romantik." ujar Rayyan.
Mawar Elena mengukir senyuman manis. Hatinya gembira manakala air matanya mahu mengalir akibat terharu dengan semua yang dilakukan oleh Rayyan Hafeez.
"Abang... You make me want to cry!" keluh Mawar Elena.
Mawar Elena mengesat air matanya lantas bersedia dengan kata-kata yang bakal diluahkan.
"Abang, terima kasih untuk semua ini. Terima kasih kerana you sanggup setia dengan I dan bertahan dengan segala apa yang berlaku selama kita kahwin. You sentiasa pegang teguh pada janji you dalam mempertahankan rumahtangga kita walaupun ada kalanya I sendiri yang mengalah."
"I gembira sebab I buat keputusan yang tepat untuk mengahwini you di Australia dulu walaupun kita masih muda. You lelaki yang sangat baik yang berjaya ubah diri I menjadi perempuan yang lebih baik. You cinta pertama I dan I tak akan pernah sayang dan cintakan orang lain sepertimana I sayang dan cintakan you."
"I harap jodoh kita akan berkekalan hingga ke Syurga dan kebahagiaan masih kekal untuk kita. I love you so damn much, Rayyan Hafeez!" luah Mawar Elena.
Rayyan tersenyum menjawab.
"I love you more than you know, Mawar Elena!"
Kemudian Mawar Elena mengelar sesuatu untuk Rayyan. Sebuah kotak hadiah berwarna biru dan dihiasi dengan riben kuning.
Rayyan sedikit terkejut. "Apa ni?"
"Bukan you seorang aje ada hadiah, I pun ada. Bukalah." kata Elena.
Rayyan membuka kotak itu. Dia tergamam dan terkejut. Dia turut memandang wajah Mawar Elena yang tersenyum.
Sekeping gambar ultrasound yang menunjukkan gambaran seorang bayi.
"Are you pregnant? How long?" soal Rayyan.
"Three weeks! We will gonna be parents again!"
Rayyan berasa gembira bukan kepalang. Ingin saja dia menjerit kegembiraan di atas bumbung itu. Sudah lama dia menunggu saat ini dan alhamdulillah dia bakal merasai pengalaman menjadi ayah sekali lagi.
"Thank you so much, sayang. Inilah hadiah ulang tahun yang paling bermakna untuk abang. Hadiah yang melebihi segala-galanya yang abang ada di dalam dunia ni."
Rayyan mengambil tangan Elena lantas dicium lama.
"Sama-sama sayang." jawab Elena.
Mereka berdua tersenyum. Rayyan sangat gembira dan jikalau boleh, dia tak ingin malam ini berlalu.
"So, adakah masih ada kita dalam kebahagiaan ini?" soal Rayyan Hafeez pada Mawar Elena.
Mawar Elena mengangguk.
"Kita akan sentiasa ada dalam kebahagiaan ini selagi cinta, kasih sayang dan nafas ada di dalam diri dan hati kita, abang. Akan sentiasa ada..."
Rayyan tersenyum lebar.
"Fuh! Tak sabarnya nak beritahu papa, Cik Sue, Amar dan semua kawan-kawan kita pasal ni. I'm really grateful to have you as my wife, Mawar Elena!"
"But don't you forget about Joshua and Alice's wedding next week. Kita dah janji dengan diorang yang kita akan jadi tetamu VIP majlis diorang. Kalau kita tak datang, habislah kena dengar bebelan apek Cina tu nanti." pesan Mawar Elena.
Rayyan mengangguk. "Eh, mestilah pergi. Mana boleh tak pergi kalau tak terlepaslah I nak tengok tarian singa."
"Hei, tarian singa ada ke di majlis perkahwinan?"
"Of course, ada. Tarian singa pentinglah tapi kalau tak ada tarian singa, I boleh ganti dengan silat sebab masa sekolah dulu I pernah masuk satu pertandingan silat tapi tulah akhirnya orang yang I berlawan tu tarik diri sebab dia kata I handal sangat."
Mawar Elena ketawa.
"Entah betul entah tidak you ni? Haih..."
Siapa sangka akhirnya jodoh menemukan Dr Joshua dan Dr Alice setelah Dr Joshua rela melepaskan peluang asalnya untuk bersama dengan Sister Aisyah kerana Sister Aisyah menolak dirinya atas sebab-sebab tertentu.
Lagi pula, siapa yang tahu tentang jodoh masing-masing melainkan Allah SWT sahaja? Jika sudah tertulis jodoh itu milik kita, larilah sehingga ke hujung dunia sekalipun, pasti kita akan bertemu jua. Jodoh tu kan rahsia Allah? Lambat laun pasti kita akan tahu.
Lama sungguh mereka bermanja, bergurau senda dan bercinta bagaikan tidak terasa malam kian berlalu.
Jauh di sudut hati mereka berdua, mereka sangat mengharapkan bahawa perkahwinan ini akan kekal selamanya dan diberkati sentiasa.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adakah Masih Ada Kita (Completed)
Romance"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang...
