MATANYA celik memandang siling kapur berwarna putih itu. Kepalanya pula terasa sakit dan berdesing. Apa yang jadi pada aku ni?
Kemudian kedengaran bunyi tapak kasut yang menuju ke arah wad Mawar Elena.
"Elena..." panggil Tan Sri Eidres. Kelihatan wajahnya sedikit risau.
Dia membawa Amar Mirza dan Cik Sue bersama.
"Papa!" panggil Elena gembira. Dia cuma bangun dari pembaringan namun tak boleh.
Kerana dia tak dapat rasa pergerakan kakinya. Dia pelik.
"Papa, I can't feel my leg." kata Elena.
"El..."
"Why I can't feel my leg? Why papa?!"
Elena menyentak selimut kakinya lantas mencuba beberapa kali untuk menggerakkan kaki namun masih tidak boleh.
"Kaki El tak boleh bergerak. Papa, kaki El tak boleh bergerak!" jeritnya sambil menangis.
Tan Sri Eidres datang menghampiri dengan wajah yang pilu lantas memegang bahu Mawar Elena dengan tenang.
"El bawa bertenang ya? Kaki El tak boleh bergerak sebab... sebab kaki El lumpuh. Kemalangan kereta tu membuatkan El lumpuh, sayang."
Mawar Elena menangis sambil menggeleng.
"No! No! No! Papa tipu kan? Papa sengaja nak gurau dengan El kan? Kaki El okey. Kaki El tak lumpuh. Kaki El... Kaki El..."
Mawar Elena terdiam kaku. Dia tak dapat meneruskan ayatnya kerana terkejut.
Kemudian Mawar Elena makin galak menangis. Dia menangis teresak-esak.
"Tak boleh! Ini semua tipu. El tak lumpuh. El masih boleh jalan... El masih boleh guna kaki El."
Dia mengesot ke tepi katil untuk bangun. Tan Sri Eidres dan Amar Mirza cuba menghalang namun Mawar Elena berdegil.
"Akak! Akak tak boleh berjalan. Akak nak buat apa ni?" soal Amar.
"Tak, kaki akak tak lumpuh. Akak boleh berjalan. Papa dan Amar sengaja nak tipu kakak kan? Kakak masih boleh jalan." kata Elena.
Berkali-kali dia cuba bangun dan berjalan namun sama saja. Kakinya tidak terasa.
Saat dia berkeras ingin bangun, akhirnya dia terjatuh ke lantai. Dia menangis terus teresak-esak sambil memukul kakinya beberapa kali.
"El, jangan buat macam tu! Sabar nak..." kata Tan Sri Eidres.
"El tak boleh berjalan papa! El dah tak boleh berjalan! El lumpuh! El lumpuh!" jeritnya sambil membaling barang-barang yang jatuh bersamanya.
Tan Sri Eidres datang menghampiri namun belum sempat dia menenangkan Elena, Elena sudah mengamuk.
"Jangan datang dekat dengan El papa! Pergi! El tak nak jumpa sesiapa! Pergi!"
Jeritan dan amarah Mawar Elena membuatkan semua orang datang menyaksikan. Ramai jururawat, orang awam yang berkumpul di hadapan bilik wad VIP itu.
"El, sayang... Jangan macam ni. El kena redha... El kena kuat!" pujuk Cik Sue.
Elena hanya terus-terusan menangis. Kini dia berasa seperti tidak berguna. Sia-sia saja dia hidup jika tiada berdaya untuk berjalan semula.
Tak lama kemudian, Rayyan Hafeez datang. Dia terus meluru masuk mendapatkan Mawar Elena yang sudah terduduk di lantai.
"Sayang...!"
Wajah Elena terus berubah marah. "Jangan dekat dengan aku! Sebab kaulah aku jadi macam ni!" jeritnya.
"Elena..." kata Tan Sri Eidres.
"Lelaki ni yang buat El macam ni papa. Macam-macam dah yang dia buat pada El... El menderita sebab dia papa! Sebab dia!"
"Bunga, tolonglah...? Jangan macam ni. Biar I bantu you bangun okey?" pujuk Rayyan.
Dia memegang tangan Mawar Elena namun Mawar Elena terus menolaknya. Dia cuba menahan tolakkan itu.
"Jangan sentuh aku! Aku tak nak tengok muka kau! Keluar!" tengkingnya.
Mawar Elena yang masih dikawal oleh emosi terus memukul badan Rayyan Hafeez sekuat hati.
"Hit me if you can feel satisfied. Hit me again and again if this is the way for me to seek your forgiveness. Hit me... I don't mind." kata Rayyan yang menahan sakit pukulan isterinya.
"I hate you! I hate you! I hate you!" jerit Elena kemudian dia menangis sekali lagi.
Dia menangis di dada Rayyan yang sedang memeluknya. Tan Sri Eidres, Amar Mirza dan Cik Sue hanya memandang simpati.
"Elena, you bukan lumpuh selamanya. You lumpuh sementara jadi you masih ada peluang untuk berjalan semula." kata Rayyan lagi.
"Amar, tolong kakak bangun dan untuk baring atas katil." pinta Elena.
"Tak apa, I tolong you." kata Rayyan namun Elena pantas mengerling.
"You pekak ke apa? I minta tolong Amar, bukan you. Tepilah!"
Rayyan ditolak ke belakang. Amar yang rasa serba salah terpaksa membantu kakaknya.
"Papa, suruh semua orang di luar tu pergi dari sini. El tak nak seorang pun yang ada di luar tu."
Tan Sri Eidres menurut. Dia terus pergi ke luar wad lantas menyuruh semua orang pergi.
Setelah tiada orang lain selain mereka berlima, Tan Sri Eidres menutup pintu wad VIP itu.
"Ray, ceraikan aku." kata Elena.
Rayyan terkejut. Tan Sri Eidres, Amar Mirza dan Cik Sue tergamam.
"El..."
"Papa, please! Makin lama El bersama dengan lelaki ni, makin hidup, hati dan perasaan El terseksa. Dulu, dia tinggalkan El bergantung tak bertali. Dia buang El dari hidup dia. Dia punca Elysa meninggal dunia dan sekarang, dia penyebab kaki El cacat. Papa tak nampak lagi ke semua ni?"
"Tapi penceraian bukan satu penyelesaian. Apa yang berlaku pada El bukan salah Rayyan tapi sudah ketentuan takdir. Janganlah terus menyalahkan Rayyan, sayang."
"Habis tu salah siapa? Papa, El sayang Rayyan sepenuh hati. El cinta Rayyan separuh nyawa tapi ini balasan dia untuk El. Buat apa terus kekal bersama jika hati dan perasaan sering terluka? Cukuplah, El dah tak boleh terima semua ni."
"Elena, tolonglah! I merayu sangat pada you janganlah minta cerai daripada I. I sanggup buat apa saja untuk you asalkan bukan penceraian. I masih cintakan you." rayu Rayyan.
"Cinta kau musnahkan aku. Sayang kau melukai aku. Apa ertinya cinta sayang kau kalau akhirnya aku juga yang menderita? Sudahlah Ray, terimalah hakikat yang rumahtangga kita memang tak boleh diselamatkan lagi."
"Elena, janganlah hukum I macam ni."
Elena menggeleng.
"Tak, ini bukan hukuman. Ini hanyalah jalan kebebasan untuk aku. Ray, apa salah aku pada kau sampai kau buat aku macam ni? Apa yang aku buat pada kau sampaikan aku kena macam ni? Cinta dan sayang aku ni tak bernilai sikit pun di mata kau ke?"
"Cinta dan sayang you sangat bernilai untuk I, Mawar Elena. Sangat bernilai namun you tak boleh terus salahkan I dalam semua yang jadi pada kita. El, tolonglah... Tolong jangan buat I macam ni."
Mawar Elena senyum sendiri. Dia mengesat air matanya yang menitis perlahan.
"Kau dengar sini baik-baik Dr Rayyan Hafeez... Aku tak kisah kalau kau tak nak ceraikan aku tapi aku akan buat kau benci pada aku sama macam mana aku bencikan kau. Aku benci kau sampai aku mati!" jeritnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adakah Masih Ada Kita (Completed)
Romance"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang...
