Bab 15

14.7K 490 13
                                        

KAKI tetap melangkah masuk walaupun dalam keadaan terpaksa. Namun dalam diam, Mawar Elena juga terpegun dengan dekorasi dan keluasan rumah itu.

Sememangnya mempunyai ciri-ciri rumah impiannya.

Sememangnya mempunyai ciri-ciri rumah impiannya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Dalam rumah ni ada lima buah bilik tidur. Tiga buah di tingkat satu, dua buah di tingkat dua. You pilihlah bilik mana yang you suka. Itu akan jadi bilik tidur kita." kata Rayyan.

"Bilik tidur kita? No, I nak bilik I sendiri. Kita tidur asing-asing." jawab Elena.

"Tak payahlah mengada-ngada sangat. Bukannya berdosa pun kalau kita satu bilik."

"I tak nak! Apa yang tak faham bahasa sangat ni?" soal Elena.

Rayyan mengeluh. Pasal bilik tidur pun nak jadi hal.

"Kalau nak satu bilik pun payah, macam mana kita nak selesaikan masalah kita ni? Allahu, perangai tu jangan jadi macam budak-budak boleh tak?"

"Perangai budak-budak apa? I dah cakap kan yang jalan penyelesaian untuk semua masalah kita adalah bercerai. Bahagian mana yang you tak faham lagi?"

"Yang I tak faham sekarang adalah you! You ingat bercerai tu satu perkara yang mudah ke? Kalaulah penceraian tu jalan yang terbaik untuk kita, you tak payah cakap... Dari lima tahun lepas lagi I dah ceraikan you!"

Mawar Elena terdiam.

"Tak pernah sekali pun terdetik dalam perasaan I untuk cerai dengan you sebab I cintakan you. Tolonglah percaya yang cinta I masih untuk you." keluh Rayyan.

"Apa yang jadi dengan lima tahun lepas tu you lupakan ajelah. You lepaskan semuanya. I tahu I banyak salah dengan you tapi setiap kesalahan boleh ditebus bila you beri I peluang kedua. Dengan peluang kedua tu, I akan cuba sedaya upaya untuk buat You bahagia semula. Come on Elena, trust me."

Mawar Elena diam. Rayyan pula terus memaut tangan Elena lantas dikucup perlahan-lahan.

"Sayang, berilah I peluang kali ini sahaja. Tolong?"

Mawar Elena memandang tepat ke arah mata Rayyan Hafeez. Tak lama kemudian dia menoleh badannya.

Rayyan mengeluh sekali lagi.

Namun saat Mawar Elena menoleh badannya membelakangkan Rayyan Hafeez, dia sempat berkata sesuatu.

"Kalau you nak hubungan kita kembali bahagia macam tu, I tak boleh janjikan apa-apa. Tapi... Kalau you nak peluang kedua, I boleh bagi."

Senyuman terbit di bibir Rayyan.

"I boleh bagi dengan bersyarat..."

"Apa syaratnya?" soal Rayyan.

"You kena beri I ruang untuk diri I sendiri. You kena izinkan I untuk bekerja, berkawan dengan sesiapa sahaja dan syarat ini pun tertakluk pada you juga kalau you nak."

Adakah Masih Ada Kita (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang