"BERULANG-ULANG kali you cakap perkara yang sama. Nak peluang, peluang, peluang! Eh, bahasa apa lagi yang I perlu gunakan untuk buat you faham eh? I takkan beri you peluang lagi!"
Mawar Elena masih berkeras hati. Dia memang sedaya upaya tidak mahu memberi peluang pada Rayyan Hafeez.
"Habis tu you memang nak bercerai dengan I? Eh, you langsung tak ada usaha untuk selamatkan rumahtangga kita kan? Yang you tahu mengungkit, marah dan benci. Itu ajelah yang you tahu!"
Rayyan Hafeez pula sudah semakin lelah menghadap semua ini. Dengan keras hati yang dimiliki oleh Mawar Elena, dia menjadi semakin mendesak.
"Ya, memang I tak nak langsung selamatkan rumahtangga kita sebab I dah penat, Rayyan! Hidup I jadi terkontang-kanting selama lima tahun ni semata-mata untuk cari you. Siang malam I teringat pada you, I cari you merata tempat. I pergi semua tempat yang kita pernah pergi, I lakukan segalanya semata-mata untuk cari you dan bawa you balik ke sini tapi akhirnya sia-sia."
"Semuanya sia-sia sebab you tak ada dan you langsung tak kirimkan khabar berita. You hilang seolah-olah you tak pernah wujud dalam hidup I."
Kata-kata yang dilontarkan membuatkan hati Mawar Elena sendiri terasa pilu. Sungguh lama dia menahan segala rasa yang membuatkan dia terseksa.
"Kalau you di tempat I, you akan beri peluang pada I dengan mudah ke Rayyan? I datang pada you setelah menghilangkan diri bertahun-tahun lepas tu tiba-tiba datang balik dan terus minta peluang dari you. You akan bagi peluang tu dengan semudah itu ke?"
Rayyan diam. Kini, baru sia mengerti apa yang dimaksudkan oleh Elena.
Mawar Elena tersenyum sinis. "See? Even yourself can't give me the answer. Rayyan, I'm not easily give up when something happened in my life but when myself started reached the limit, I'm just stopped. I don't have energy to continue again." keluhnya.
"Tapi I tak akan ceraikan you sebab I percaya yang kita masih boleh bahagia bersama. I tak akan mengalah demi cinta I pada you."
Rayyan masih yakin. Dia yakin bahawa Mawar Elena masih jodohnya.
"Ray, jangan mengharap perkara yang tak pasti. Tolonglah, kita berpisah ajelah."
"No, selagi nyawa I ada, I tetap akan pertahankan hubungan kita. I akan tebus segala salah I pada you."
"Keluar..." arah Mawar Elena.
"Elena..." panggil Rayyan sayu.
"Keluar Rayyan. Tolonglah..."
Dengan hampa, Rayyan menurut. Dia keluar dari bilik itu.
"El, whatever happens you will always be my bunga." katanya.
Elena hanya diam. Kemudian dia menutup pintu.
~~~
"YA seharusnya lo berusaha lebih keras lagi deh. Jangan cepat mengalah kaya anak muda baru putus cinta di SMA."
Dennis yang masih berada di Indonesia membuat video call bersama Rayyan Hafeez.
"Lo nggak ada di sini Den, sekiranya lo ada di sini sama gue pasti lo nggak omong kaya gini. Lo akan faham apa yang gue maksudkan." jawab Rayyan.
Dennis tersenyum sinis.
"Udahlah, nggak usah marah-marah kaya gini deh. Ya, apa yang pantas gue katakan adalah lo harus usaha lebih keras. Pastinya akan berjaya satu hari nanti."
ANDA SEDANG MEMBACA
Adakah Masih Ada Kita (Completed)
Cinta"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang...
