AIR kopi itu segera disua ke dalam mulut sambil mata ligat memandang akhbar mengenai isu semasa di dalam dan luar negara.
"El tak ada telefon abang ke?" soal Cik Sue.
"Tak ada. Tapi minggu lepas adalah dia telefon katanya minggu ni buzy sikit." jawab Tan Sri Eidres.
"Oh, iya ke? Hmm tiba-tiba rindu pulak pada anak buah Sue seorang tu. Lama lagi ke dia nak balik ke sini?"
"Tak lama dah. Sembilan bulan lagi, baliklah dia."
Cik Sue mengeluh. "Lama lagi tu."
Tan Sri Eidres tersenyum. "Kalau Sue dah rindu sangat, jom kita ke sana. Nanti abang belikan tiket kapal terbang."
"Eh, tak naklah. Sekarang ni bukan masa untuk Sue bercuti. Banyak tempahan pernikahan dan pelamin untuk sepanjang tahun ni tau. Nanti kalau Sue tak ada, entah apa jadi dengan butik Sue tu."
"Pulak dah. Tadi kata rindu El tapi bila abang ajak pergi, sibuk pulak."
"Tak apa abang, Sue tahu El sihat dan baik-baik kat sana pun dah memadai. Lagipun Amar kan ada sebagai pengganti."
Tan Sri Eidres mula mencari Amar. Ke mana pula budak tu pergi?
"Eh, mana Amar? Seharian benar abang tak nampak dia."
Kemudian Amar Mirza datang. Dia tersenyum.
"Amar ada di sini, papa." katanya.
"Hah, Amar ke mana? Papa tak nampak pun muka Amar dari tadi."
"Amar ada aje dalam bilik. Baru bangun tidur. Hehe."
Cik Sue dan Tan Sri Eidres menggeleng. Bertuah punya anak teruna.
"Ni mesti sebab main game sampai pagi buta kan? Haih, suka sangat main game tak ikut masa. Jangan amalkan selalu, nanti terabai pulak pelajaran." pesan Cik Sue.
Amar tersengih sendiri. "Okey, Cik Sue. Hmm eh, tadi Amar dengar papa dan Cik Sue bercakap pasal kakak? Dia sihat ke? Bila dia nak balik?"
"Kakak sihat aje. Sekarang ni dia tengah sibuk dengan study sikit dan dia kata dengan papa yang lagi sembilan bulan, dia habislah."
"Iya ke papa? Amar tak sabar nak tunggu kakak balik. Rindu dia sangat-sangat."
Cik Sue tersenyum. Keakraban Mawar Elena dan Amar Mirza memang tak boleh dipisahkan. Kedua-dua beradik itu memang seumpama isi dan kuku.
"Nanti Amar nak suruh kakak bawa balik calon suami dia. Mana tahu boleh dapat abang ipar in advance."
Cik Sue menyokong. "Betul tu. Bila Elena dah balik, Cik Sue nak dia kahwin terus. Umur dia pun dah sesuai untuk kahwin."
"Tak, papa tak bagi Elena kahwin. Bila dia balik ke sini, papa nak dia bekerja di PKMC. Jangan galakkan dia untuk berkahwin. Dia masih tak tahu dan tak faham apa tanggungjawab yang harus dia pikul semasa berkahwin."
"Tapi kan abang, kahwin muda tu tak semestinya tak faham atau tak tahu tanggungjawab. Bukan semua pasangan kahwin muda macam tu." kata Cik Sue.
Amar pula diam.
"Jawapan abang tetap sama Sue. Kalau El nak kahwin, tunggu bila dia betul-betul bersedia dan biar dia kahwin dengan pilihan abang."
~~~
"PERLU ke you ikut I? Dah macam stalker tahu tak?" soal Elena.
Dia rimas. Rayyan Hafeez asyik mengekorinya sejak habis waktu kuliah tadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adakah Masih Ada Kita (Completed)
Storie d'Amore"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang...
