"SERIUS ke ni?" soal Mawar Elena.
Rayyan mengangkat kening.
"Kita dah sampai kan. Takkanlah tak serius pulak? Seriuslah ni!"
Mawar Elena berkira-kira. Sudah lama dia tidak bertegur sapa dengan Tan Sri Eidres dan seluruh keluarga mereka.
Elena mengeluh lagi sekali. Dah lama tak bersua. Risau dan takut itu sangat mendebarkan.
"You... Kita datang minggu depan ke bulan depan ke tak pun tahun depan. Yang penting bukan sekarang. I'm not ready yet."
"Allahu, sayang! Kita datang sebab nak minta maaf aje dengan papa bukannya nak pergi merompak. Nak takut buat apa? Bukannya bila papa tengok muka kita, terus dia bawa keluar senapang gajah dia sekali. You ni apa hal takut sangat ni? Haih..."
Rayyan hairan. Apalah yang isterinya itu takutkan sangat? Nak pergi jumpa dan minta maaf aje pun. Bukannya nak pergi berperang.
Dia keluar dari kereta lalu pergi ke arah Elena sambil membuka pintu kereta sebelah Elena. Menyuruhnya keluar.
Sambil memegang tongkat di kiri dan kanan untuk membantu isterinya berjalan.
Namun Elena buat wajah minta kasihan.
"Sayang, kalau you tak nak keluar I akan dukung you sampai depan pintu rumah papa sambil jerit 'I love my wife'. Biar satu perumahan ni dengar, biar you malu. Biarlah orang kata I apa pun sama ada nak kata I gila atau apa saja, I tak kisah janji you keluar."
Elena menggeleng. Amboi! Makin degil ya Mawar Elena ni? Tak apa...
"Okey, kalau macam tu..."
"No! Okey, I keluar... I akan keluar sendiri." pintas Elena.
Rayyan tersengih. Hah, tahu pun!
~~~
"DAH lama kamu berdua tak datang sini. Ingatkan dah tak nak jumpa Cik Sue dah." kata Cik Sue sambil menuang air teh ke dalam cawan.
Rayyan tersengih. Mawar Elena diam.
"Tak adalah Cik Sue. Sibuk sikit lagipun Ray banyak fokus pada El untuk pulihkan kaki dia dan sekarang, alhamdulillah keadaannya semakin baik."
Cik Sue tersenyum.
"Baguslah kalau macam tu. Alhamdulillah... Ni minumlah."
Rayyan memandang Elena yang masih dia. Dia tahu isterinya itu sedang berasa kaku untuk bermesra.
"El, tak nak bercakap dengan Cik Sue ke? Masih merajuk lagi?" soal Cik Sue.
Elena mengeluh.
"Dah enam bulan El tak balik sini jumpa keluarga El, Cik Sue. Jadi El takut kedatangan El tidak disenangi oleh papa."
Cik Sue tersenyum kerana memahaminya.
"Papa tak marahkan El pun. Dia faham dan tahu yang El akan marah bila dah tahu perkara sebenar. Dia tak datang jumpa El sebab dia takut El marahkan dia lagi. El, papa sentiasa sebut nama El dalam rumah ni tau. Dia sentiasa ingat pada El."
Elena mengukir senyuman. Tak lama kemudian, kedengaran kaki Tan Sri Eidres menapak menurun tangga untuk ke tingkat bawah.
Mawar Elena mula rasa gementar. Tak pernah lagi dia bergaduh seteruk ini dengan Tan Sri Eidres walaupun mereka sering tidak sependapat.
Dia berpaling ke arah Tan Sri Eidres yang berdiri di belakang memandangnya kaku.
"Papa..." panggil Elena.
Tan Sri Eidres tidak menjawab mahupun senyum. Dia berjalan ke arah mereka bertiga. Tangan pula dihulur pada Rayyan untuk bersalaman dan akhirnya dihulur pada Elena.
"Dah lama sampai?" soal Tan Sri Eidres.
Rayyan menggeleng sambil tersenyum. " Baru 20 minit papa."
Tan Sri Eidres memandang diri Mawar Elena yang duduk di sebelah Rayyan Hafeez. Mawar Elena hanya diam dengan wajah yang bersalah.
Cik Sue dan Rayyan faham akan maksud dua beranak itu lantas meminta diri.
"Ray, jom tolong angkat pasu bunga di luar tu kejap. Tadi Cik Sue akan kemas kemas sikit di luar. Ni nak sambung baliklah ni."
"Baik, Cik Sue." jawab Rayyan.
Usai sahaja kelibat Rayyan Hafeez dan Cik Sue menghilang di ruang tamu itu, Tan Sri Eidres dan Mawar Elena mula untuk berkata.
"El sihat? Kaki macam mana?" soal Tan Sri Eidres secara mendatar.
"Alhamdulillah papa. Kaki pun dah makin okey. Ray banyak bantu El buat fisioterapi." jawab Elena.
Tan Sri Eidres mula mengeluh. "El, sebenarnya papa..."
"I'm really sorry, papa. I was rude to you." celah Elena yang memotong kata-kata Tan Sri Eidres.
"I know that I shouldn't said like that to you. I was too emotional and cannot think well. I'm really sorry, papa. I really do."
"Papa tak marah dan tak salahkan El pun. Papa faham lagipun El layak marah papa macam tu sebab papa dah musnahkan kebahagiaan anak papa sendiri. I was wrong and not believed your decision in Rayyan. I'm sorry too, sweetheart."
Elena tersenyum kemudian Tan Sri Eidres datang memeluknya. Mereka berpelukan sesama sendiri.
"El sayang papa."
"Papa pun sayang El. You will always be my baby girl, Mawar Elena."
Elena tetap tersenyum walaupun menangis. Tan Sri Eidres menyesat air mata anak kesayangan itu.
"Hei, kenapa menangis? Tak eloklah dah jadi isteri orang pun menangis macam ni. Nanti dah tak comel dah anak papa ni."
Tan Sri Eidres mengusik.
"Comel aje ke? Cantik?" soal Elena.
"Ya, Mawar Elena binti Eidres sangat comel dan sangat cantik. Sama macam arwah mama dulu sebab tu papa sayang sangat pada El."
Mawar Elena tersenyum manis. "So, are you forgive me?"
"Of course I forgive you, my dearest daughter. Kalau papa tak maafkan El, tak dapatlah papa peluk El macam ni."
"Lagipun walau teruk mana pun kita bergaduh, kita mesti akan berbaik semula sebab gaduh dengan El best sikit daripada gaduh dengan Amar atau Cik Sue."
Elena tergelak. "Hei, ada pulak macam tu? Papa ni kan..."
"Betullah. Kalau papa gaduh dengan diorang, diorang mudah sangat bagi papa menang so tak power sangat berbanding gaduh dengan El. Kalau papa gaduh dengan El, papa kena usaha lebih sikit nak menang."
Elena menggeleng. Macam-macamlah Tan Sri Eidres ni. Haih...
Dari jauh pula, Cik Sue dan Rayyan Hafeez memandang tersenyum. Syukur alhamdulillah, Tan Sri Eidres dan Mawar Elena sudah berbaik.
"Hah, berbaik pun diorang. Alhamdulillah, syukur pada Allah sebab makbulkan doa Cik Sue untuk tengok diorang tu berbaik semula." kata Cik Sue.
"Alhamdulillah, Cik Sue. Ray pun lega dan bersyukur. Ray tak nak El dengan papa gaduh lama-lama sebab Ray tahu papa sayang sangat pada El. Pada papa, El tu pengganti arwah mama jadi sebab tu Ray tekad untuk pujuk El supaya berbaik dengan papa."
"Maka hari ni, mereka berbaik. Fuh! Lega dan seronok rasa hati ni." kata Rayyan Hafeez lagi.
Cik Sue mengangguk menyokong.
YOU ARE READING
Adakah Masih Ada Kita (Completed)
عاطفية"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang...