"APA sebab sebenarnya you tinggalkan I?"
Rayyan mengeluh. Masih lagi dengan soalan itu...
"El, tolonglah. Jangan ungkit lagi pasal tu boleh?" soal Rayyan.
"Tak, I tetap nak ungkit! Tak logik dek akal fikiran kalau you tinggalkan I macam tu aje lepas tu sekarang ni you datang balik untuk dapatkan I. Apa ni? I nak jawapan dari you!"
"Mawar Elena, apa yang jadi lima tahun lepas, biarlah begitu saja. Tak perlulah you nak ungkit lagi. Sekarang ni I dah ada dengan you dan I pun dah janji takkan tinggalkan lagi jadi apa yang you nak takut sangat? I ada depan mata you."
"I takut dengan janji you Rayyan Hafeez! Dulu pun you janji perkara yang sama pada I tapi you tetap pergi. I tak nak kejadian dulu berulang kembali dan I nak jawapan dari you sekarang juga. Tolonglah Ray, jangan biarkan I tertanya begini." rayunya.
Rayyan Hafeez mengelus rambut panjang Mawar Elena. Matanya memanah tepat ke mata Mawar Elena.
"I love you so damn much, Mawar Elena! In fact, masa I pergi jauh dari hidup you dulu pun I masih cintakan you. Janganlah you sentiasa ingat perkara yang lepas. Ya, memang salah I perkara tu terjadi tapi sekarang, I dah kembali pada you. Itu pun dah cukup untuk you bahagia semula." katanya.
Terus Mawar Elena memeluk tubuh badan Rayyan Hafeez dengan erat. Itu pertama kali dia buat begitu sejak Rayyan kembali.
"I pun cintakan you Rayyan. I masih cintakan you sampai sekarang tapi I masih takut... takut you akan tinggalkan I lagi."
Rayyan tersenyum. Akhirnya apa yang dia tunggu, sudah tiba. Mawar Elena sudah mengaku yang dia masih cintakan dirinya.
"Sayang, I takkan tinggalkan you lagi. I akan jaga dan ada dengan you sampai I mati sebab itulah janji I atas nama cinta kita."
Kemudian dia memandang wajah cantik Mawar Elena. Senyuman diukir.
~~~
BUNYI penggera pagi membuatkan Rayyan tersentak sedikit. Tangan panjangnya menekan punat henti pada skrin telefon itu. Dia mengeluh kecil sambil mengesat-ngesat matanya.
Dia mahu bangun namun terasa macam ada yang menghalang. Dia menoleh kemudian sedikit terkejut. Dia lupa bahawa Mawar Elena ada di sebelahnya.
Tangan putih Mawar Elena melingkar di pinggangnya.
"Five minutes for please?"
Rayyan tersenyum. Oh, dia lupa yang semalam mereka... Yang tahu je tahu!
"Sayang..." panggil Rayyan sambil menyisir rambut Elena yang menutup wajah sedikit.
"Hmm..." jawab Elena.
"Kita kena bangun sekarang sebab kita kena pergi kerja. Nanti lambat, jalan sesak."
"Alah, hari ni kita ambil cuti boleh tak? I'm tired!"
Rayyan tersenyum menggeleng. Sejak bila Dr Mawar Elena yang sejenis kuat bekerja ni, tak nak pergi kerja?
"Aik, tiba-tiba malas nak pergi kerja? Pelik bin ajaib betul ni." usik Rayyan.
"Tak payahlah perli. Hish you ni kan..."
Rayyan ketawa kecil. Dia sempat menghadiahkan satu ciuman di pipi Elena.
"Come, we have to get ready for work now."
Malas menunggu Mawar Elena yang masih liat untuk bangun dari lena, Rayyan Hafeez terus mendukung wanita itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adakah Masih Ada Kita (Completed)
Romance"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang...
