Bab 19

10.3K 427 7
                                    

"BAGI I peluang untuk tebus balik semua salah dan khilaf I sebagai seorang suami pada you, bunga." pinta Rayyan Hafeez.

"You nak tebus apa? Tak ada perkara yang you boleh tebus pun Ray. Anak kita pun takkan boleh hidup balik." jawab Mawar Elena.

"Sekurang-kurangnya bagilah I peluang untuk bahagiakan you buat kali kedua. Itu aje yang I nak."

Mawar Elena senyum sendiri.

"You merepek apa? I tak perlukan you pun untuk I bahagia. So, no thanks."

"Habis tu you nak buat apa dengan rumahtangga kita? Takkanlah nak biar macam ni aje."

"Kan I dah cakap dulu, kita bercerai sahaja. Tak perlu lagi mempertahankan rumahtangga kita yang dah tak ada makna ni. Buang masa dan buang tenaga."

"I tetap nak mempertahankan rumahtangga kita. Sayang, I masih percaya dan yakin yang jodoh kita masih kuat." kata Rayyan sambil memegang bahu Elena.

"Cukup Rayyan! I dah tak percaya apa-apa dah antara kita berdua. Tolonglah Rayyan, apa lagi yang harus I buat untuk you tinggalkan I? I dah tak nak sakit lagi Rayyan."

"Tapi I yang akan sakit kalau you pergi dari hidup I, Mawar Elena. Tolonglah... Kalau you nak I sujud merayu pun I sanggup."

Rayyan melutut di bawah Mawar Elena. Mawar Elena mengeluh.

"Kadangkala orang yang kita paling sayang tidak semestinya bahagia bersama kita." kata Elena kemudian berlalu pergi.

Rayyan meraut wajahnya dengan kasar. Hampa dengan dirinya sendiri dan kekecewaan Mawar Elena.

Besar khilafnya pada sang isteri dan arwah anak mereka.

Maafkan ayah, anakku. Ayah sudah mensiakan-siakan kamu dan ibu kamu dahulu.

~~~

SEMINGGU sudah berlakunya perbalahan besar antara mereka berdua. Seminggu jugalah mood Mawar Elena off manakala Rayyan Hafeez hanya membiarkan sahaja lagi pula segala urusan rumahtangga masih berjalan seperti biasa.

Mawar Elena tidak meninggalkan tanggungjawabnya pada Rayyan. Baju kerja Rayyan digosok rapi. Makan minumnya masih Mawar Elena buatkan namun tidak bercakap sesama sendiri sahaja.

Hari ini mereka langsung tidak bertegur sapa di hospital melainkan semasa meeting dan melakukan rawatan bersama-sama.

"El, are you okay? You tak banyak cakap pun dalam meeting dan sesi simulasi rawatan dengan doktor pelatih tadi. Selalunya you bersemangat." ujar Dr Zayed.

Dr Mawar Elena tersenyum sekilas. "I'm okay Zayed. It's just woman's problem... You know what I mean right?"

Dr Zayed mengangguk. "Oh yeah, I'm really know about it. My wife always be like that."

Dr Mawar Elena senyum saja. Takkanlah nak beritahu masalah rumahtangga pulak. Nanti mahu kecoh satu hospital ni sebab Dr Mawar Elena ada masalah rumahtangga sedangkan dia masih belum kahwin.

"But seriously, kalau you ada masalah yang boleh menganggu kerja you, better you ambil cuti. Rest your mind well and solve the problem with rasional." pesan Dr Zayed.

Dr Mawar Elena terfikir. Dr Zayed lelaki dan seharusnya dia tahu tentang diri seorang lelaki kan?

"Hmm Zayed... Can I get your advice on something?" soal Dr Mawar Elena.

"About what?"

"It's about men. Okay first thing first, I ask you about it because on behalf of my friend. So, please don't be get me wrong."

Adakah Masih Ada Kita (Completed)Where stories live. Discover now