Pantai Kasih Medical Centre, Kuala Lumpur, Malaysia. - masa kini.
FAIL pesakit di atas meja diteliti satu per satu. Walaupun ada terkandung maklumat yang tidak memberi impak besar namun dia harus meneliti juga.
Kadangkala maklumat kecil boleh membantu kita dalam menyelesaikan masalah.
"Tekun sangat you buat kerja tu, Dr Elena. Sampai lupa sekarang ni waktu lunch." celah Dr Joshua.
Dr Elena memandang jam tangannya. Ah, dia terlupa akan lunch lagi.
"Crap! I totally forgot about lunch. Hmm nak ke kafeteria macam tak sempat sebab I terus kena jumpa pesakit di Wad 08 tu." katanya.
Dr Joshua menggeleng. Dr Mawar Elena memang selalu begitu. Selalu sangat serius bekerja sampai terlupa waktu rehat.
"I dah agak dah you akan cakap macam tu jadi I dah bungkuskan you makanan tengah hari yang segera tapi kenyang."
"Oh, Joshua! That so sweet of you."
Dr Joshua meletakkan bekas makanan di meja kerja Dr Mawar Elena. Dia membuka tudung bekas itu satu per satu.
"Wah, dim sum! Sedapnya. Thanks Josh!" ucap Elena.
Dr Joshua tersenyum. "Sama-sama tapi bukan tu aje. Ni I ada bawa air teh hijau sekali untuk you."
"Baiknya you ni Josh. Wah, mewah betul makanan tengah hari I hari ni. Eh, lain kali I belanja you pulak ya?"
"Tak apalah El. Lagipun I tahu you suka Chinese food so I masakkan untuk you and you don't have to worry because the tea and dim sum are halal."
Dr Elena sudah tidak sabar untuk merasai makanan itu. Dia mengambil satu dim sum lalu menjamahnya.
"Ya Allah, sedapnya! Dah lama I tak makan dim sum sedap macam ni, Josh."
Dr Joshua tersengih. Comel pulak bila Dr Elena makan begitu. Ada krim comot di tepi bibirnya.
Dr Joshua terus ambil sekeping tisu di dalam poket kot putihnya lantas dilapkan pada bibir Dr Mawar Elena.
"El, ada kesan krim kat bibir you. Meh sini I lap."
Dr Elena membiarkan sahaja bibirnya dilap oleh Dr Joshua.
"By the way, let's go dating?" ajak Dr Joshua.
Terbuntang seketika mata Dr Elena. Seriuslah?
Dr Joshua tersengih sinis.
"Not that kind of dating. What I mean is gym dating. You dah janji nak join I pergi gym kan?"
Dr Elena tersengih. Oh, pasal tu! Ingatkan Dr Joshua betul-betul nak ajak dia dating tadi. Baru nak cakap yang dia tak boleh.
"Okey, boleh aje. Bila, pukul berapa dan di mana?"
"Okey, yang penting you setuju. Nanti I WhatsApp you bila, pukul berapa dan di mana."
"Okey Josh." jawab Elena.
Dia melihat jam tangan yang sudah menunjukkan pukul 2 petang. "Okay, my lunch time is over. I have to go to Wad 08 now. Thanks for all this, Josh. I own you!"
Dia bingkas bangun dari kerusi lantas keluar dari bilik itu bersama-sama Dr Joshua.
"Don't forget our deal." pesan Dr Joshua.
"Yeah, later I ask my PA set reminder for me."
Mereka berpecah. Dr Joshua ke lorong wad kanak-kanak manakala Dr Mawar Elena ke wad penyakit serius.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adakah Masih Ada Kita (Completed)
Dragoste"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang...
