"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA.
Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang...
KINI setelah sembilan bulan keluarga Mawar Elena menunggu kepulangannya, akhirnya gadis itu balik jua ke tanah air.
Namun kali ini kepulangannya bersama sang suami.
Rayyan dan Elena gembira sambil menjalan keluar dari pintu lapangan terbang. Setibanya keluar, mereka tersenyum lebar.
Ah, home sweet home!
"Akhirnya, pulang juga kita ke Malaysia. I miss Malaysia so bad!" kata Elena.
"Alhamdulillah, sampai juga kita! I dah craving nasi lemak, ais batu campur, teh tarik dan kuih-muih! Ah, tak sabarnya nak makan tu semua." riang Rayyan.
"Ya, you boleh makan semua tu tapi jangan overeat pulak. Kang baru dua hari balik Malaysia dah kena check in hospital."
Rayyan ketawa. Kemudian baru dia terfikir. Nak balik ke rumah Elena naik apa?
"Eh, you! Nak balik ke rumah papa naik apa ni? Teksi?"
Elena menggeleng. "Nope! Kita balik naik kereta I."
"Kereta you? Siapa yang bawa datang sini?" soal Rayyan.
Elena menjenguk. Dia tersenyum.
"Hah, tu kereta I dah sampai." katanya sambil memandang ke arah kereta Mini Cooper Coupe S berwarna hitam merah itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Rayyan tergamam. Seriuslah?
Kereta itu berhenti betul-betul di hadapan Rayyan Hafeez dan Mawar Elena.
Ada seorang lelaki yang keluar dari kereta tersebut.
"Puan Mawar Elena, ini kereta puan. Tan Sri suruh saya hantar kereta ni ke sini." kata lelaki itu.
Dia memberi kunci kepada Mawar Elena sebelum beredar bersama teksi yang sudah menunggu.
Rayyan masih lagi tercengang. Okey, belum pernah dia lihat cara orang kaya sebegini.
"Siapa tu? Driver you ke?" soalnya.
"Bukanlah. Itu pekerja kedai penjagaan kereta yang papa biasa pergi. Kalau famili I pergi ke luar negara, papa akan hantar kereta I dan kereta dia ke situ untuk dijaga."
"Oh, lebih kurang macam jockey yang ada dekat mall tu eh? Wah!"
"Haah, macam tulah. Jom, kita pergi. I dah rindu sangat pada keluarga I."
Rayyan mengangkat beg-beg mereka masuk ke dalam but belakang kereta, Elena pula sudah bersedia di kerusi pemandu.
Rayyan masuk ke dalam perut kereta dan duduk di kerusi penumpang hadapan. Dia melihat isterinya memasang GPS menuju ke arah rumah Tan Sri Eidres.
Maklumlah sudah beberapa tahun tidak pulang ke Malaysia dan Kuala Lumpur sering berubah-ubah jalannya maka haruslah pasang GPS walaupun nak balik rumah sendiri.