"I ACCEPT the marriage of Mawar Elena binti Eidres with her dowry of 200 AUD cash."
Lafaz akad nikah terhadap Mawar Elena dilafazkan di hadapan Imam Ahmed selaku ustaz dan penjaga Masjid Raja Faisal, Sydney Australia.
Majlis akad nikah itu dihadiri oleh Salina serta beberapa orang dari komuniti Islam di Sydney. Walaupun majlis dijalankan dengan sederhana, Mawar Elena tetap gembira.
Gembira apabila akhirnya dia disatukan dengan Rayyan Hafeez, lelaki yang dicintainya sepenuh hati.
"Terima kasih Cik Sue kerana doakan kami. Nanti Cik Sue beritahu papa, El ucap terima kasih sebab restu juga." kata Elena gembira.
Cik Sue dan Amar Mirza turut kelihatan sungguh gembira di dalam FaceTime.
"Tahniah untuk korang berdua. Rayyan, ingat! Jaga El baik-baik dan bimbing dia betul-betul. Cik Sue harapkan Rayyan." pesan Cik Sue.
Rayyan mengangguk tersenyum. "Baik Cik Sue. Insya Allah Rayyan akan jaga dan bimbing Elena semampu Rayyan."
Elena memandang Rayyan sehingga tidak berkelip. Bagai masih dalam mimpi apabila Rayyan Hafeez menjadi suami. Sungguh bagai mimpi indah.
~~~
KALA malam menjelma, Rayyan membawa Mawar Elena pulang ke apartmen miliknya. Mawar Elena tetap gembira walaupun apartmen Rayyan kecil daripada apartmen dia dan Salina.
"Sorry sebab apartmen ni kecil. Setakat ni, I mampu beri you tempat tinggal yang macam ni aje tapi you jangan risau, I akan usaha lebih lagi supaya kita boleh tinggal rumah yang lebih besar." kata Rayyan.
"Eh, tak apalah. Apartmen ni pun dah cukup besar dan selesa untuk kita berdua. I suka aje apartmen ni." jawab Elena jujur.
Rayyan tersenyum lega. Risau juga jika Elena tidak selesa namun syukurlah gadis itu terima seadanya apa yang ada.
"Ray, you ada groceries tak?" soal Elena.
Lelaki itu mengangguk.
"Ada di dalam kabinet dapur dan dalam peti ais. You nak masak ke?"
Elena tersenyum sinis.
"Yalah encik suamiku, saya nak masak untuk awaklah."
"Pandai masak ke?" soal Rayyan.
"Hei, ini Mawar Elena binti Tan Sri Eidres okey! Of course pandai masak."
"Iya ke? Bukan selama ni Salina yang masak untuk you ke?"
"Ya tapi I pun pandai masak cuma tak ada masa nak masak aje. So biar ajelah Sal yang masak untuk kitaorang berdua."
Rayyan mengangguk faham. Oh, baru dia tahu yang isteri boleh memasak. Selama ini dia ingatkan anak orang kaya tak pandai masak.
"Okey, I nak pergi masak di dapur. You tolong angkat beg masuk bilik tidur."
Rayyan mengangguk. Elena melangkah ke dapur, dia masuk ke dalam bilik tidur sambil mengangkat beg Elena.
~~~
"MAJLIS akad nikah dah selamat berlangsung, abang. Elena nampak gembira sangat." maklum Cik Sue di belakang Tan Sri Eidres.
![](https://img.wattpad.com/cover/248834416-288-k660422.jpg)
YOU ARE READING
Adakah Masih Ada Kita (Completed)
Roman d'amour"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang...