Bab 11

12.4K 465 6
                                        

KINI sudah dua bulan, Rayyan Hafeez menjadi menantu sulung di dalam keluarga Tan Sri Eidres. Dia sudah semakin selesa dengan keluarga itu bahkan semakin rapat dengan ahli-ahlinya.

Tan Sri Eidres pula sudah menerima Rayyan sebagai menantu namun tidaklah sepenuhnya. Dia masih mengambil langkah kecil dalam menerima menantunya itu.

"Nampaknya dah sampai masa untuk El bekerja di PKMC. Dah lama papa simpan satu jawatan khas untuk El di sana." kata Tan Sri Eidres.

Elena tersenyum. Dia tiada masalah untuk bekerja dengan keluarga bahkan dia lebih selesa bekerja dengan keluarga kerana semuanya akan menjadi mudah malah sudah menjadi hasratnya untuk bekerja di Pantai Kasih Medical Centre.

"Iya ke papa? Wah, teruja El untuk bekerja di sana." kemudian dia memandang Rayyan di sebelahnya.

"Boleh ke I bekerja dengan papa, sayang?" soal Elena.

"Apa pulak tak boleh? Mestilah boleh. You memang layak dan harus bekerja di situ." jawabnya.

Elena tersenyum. Encik suami dah bagai green light.

"Tapi you kerjalah di situ juga. Bolehlah kita bekerjasama kan?" cadang Elena.

"Boleh kan papa?" soal Elena pada Tan Sri Eidres.

"Boleh aje. Rayyan pun sesuai kerja di situ. Papa tak kesah." jawab Tan Sri Eidres.

Rayyan mengangguk sambil tersenyum.

~~~

ELENA masuk ke dalam bilik Amar Mirza. Dia memandang wajah adiknya yang sedang tekun membuat kerja sekolah.

"Banyak lagi ke kerja sekolah tu? Nak kakak tolong?" soal Elena.

"Tak apa kak. Nak siap dah ni. Sikit aje lagi." jawab Amar.

Elena masuk ke dalam bilik itu lantas duduk di atas sofa kecil milik Amar yang digunakan khas untuk pemuda itu bermain video game.

"Wah, PS4! Bila Amar beli ni?" soal Elena.

"Itu papa yang kasi bila Amar dapat anugerah cemerlang di sekolah."

Elena mengangguk faham. Itulah sifat papa terhadap Amar dan dirinya. Apabila kitaorang berjaya mencapai sesuatu kejayaan, pasti dia akan menghadiahkan sesuatu yang kitaorang mahukan.

Namun untuk memiliki semua itu, haruslah berusaha untuk mencapai kejayaan. Tan Sri Eidres takkan semudah itu untuk menuruti kehendak anak-anaknya.

Buktinya apabila Mawar Elena berjaya masuk ke universiti di Sydney dalam bidang perubatan. Terus Tan Sri Eidres menghadiahkan dirinya kereta Mini Cooper yang dipandunya dulu.

"Wah, tahniah! Kan kakak dah cakap yang Amar ni bijak orangnya." kata Elena.

"Oh, alang-alang tu Amar dah fikir dah nak buat apa lepas SPM? Amar nak sambung belajar di mana?"

"Amar ingat nak sambung belajar di luar negara macam akak jugalah tapi tak tahu lagi di mana. Amar nak ambil jurusan kejuruteraan awam."

"Hmm bagus tu. Kalau nak sambung belajar di luar negara ni ada tips dia. Amar kena sentiasa ingat tujuan asal Amar ke sana. Sebab di luar negara ni banyak dugaan dan cabarannya. Tambahan pula berbeza agama dan bangsa."

Amar tekun mendengar.

"Kalau Amar nak, apa kata Amar sambung di London? Kakak ada seorang kawan di sana dan dia adalah lecturer engineering di sana. Kalau Amar berminat, kakak boleh minta tolong dia uruskan proses permohonan belajar di sana."

Adakah Masih Ada Kita (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang