Bab 28

16.2K 543 8
                                        

"BUKAN dengan cara itu you lepaskan rasa marah you, Elena! Kan I dah cakap jangan terlalu ikutkan emosi." marah Rayyan.

Usai saja kebenaran yang Mawar Elena mencari terbongkar, dia terus menjadi marah dan kecewa.

Terus dia berkurung saja dalam bilik sehinggakan Rayyan terpaksa meminta Tan Sri Eidres, Amar Mirza dan Cik Sue pulang demi menjernihkan keadaan.

"Siapa aje yang tak ikutkan emosi bila tahu semua ni berlaku kerana orang yang paling kita sayang, Ray? I betul-betul kecewa dengan papa." kata Elena.

"Tapi I lebih kecewa dengan you. El, kan I dah kata you harus lepaskan semuanya. Tak perlu lagi you nak mengungkit atau nak mempersoalkannya. Sekarang ni, you benci papa you sendiri sebab kebenaran yang you nak sangat tahu."

"Tapi sampai bila papa nak bodohkan I? Ray, kebenaran ni hak I dan I patut tahu."

"Buat apa kebenaran itu dibongkarkan jika akhirnya ada wujud rasa kecewa dan benci pada papa you sendiri? El, kalau I boleh maafkan dan berbaik dengan papa you, kenapa you tak boleh?"

"Sebab kesalahan papa bukannya semudah itu I boleh terima. Patutlah selama ni dia asyik menangkan you, dia selalu suruh I jangan benci you. Rupa-rupanya semua ini berlaku kerana salahnya sendiri."

"Cuba you bayangkan you duduk di tempat dia dan anak you buat perkara yang sama, apa yang you akan buat? El, papa nakkan yang terbaik untuk you cuma dia melakukan dengan cara yang salah. Sudahlah, you pun dah tahu kebenaran jadi tak perlulah you marah dan benci papa you sendiri."

Mawar Elena mengeluh. Kenapa papa boleh bertindak sekejam ini? Papa tak nak tengok El bahagia ke?

Rayyan menghampiri Mawar Elena. Dia mengelus lembut pipi gebu isterinya itu.

"Bunga, I sayang you tau." ucapnya.

Mawar Elena mengangguk.

"Tahu, I pun sayang you."

"Maafkan papa eh? Semuanya dah berakhir sekarang dan I tak nak you jadi anak derhaka."

Mawar Elena memeluk Rayyan erat. Bagai tidak mahu lepas. Rayyan hanya membiarkan saja.

"You janji you takkan tinggalkan I lagi kan?" soalnya.

"Tiada sebab untuk I tinggalkan you lagi, bunga. I akan sentiasa ada untuk you."

"Tolong bagi I peluang dan masa? Dosa I pada you terlalu banyak."

Rayyan tersenyum sinis sambil mencium dahi Elena.

"You tak ada sekelumit dosa pun dengan I. I dah lama maafkan you sayang."

Jeda. Mereka baru sahaja ingin berbaik.

"So... Boleh tak I tidur sini?" soal Rayyan.

"Hmm kalau I kata tak boleh?"

"I tetap nak tidur sini juga."

"So, tak payahlah tanya lagi. Haih!"

Rayyan tersengih. "Janganlah marah. I baru aje nak romantik dengan you."

Mawar Elena senyum sinis. "Macam dah tua aje untuk jadi romantik? You ni menakutkan I."

Rayyan ketawa kecil. Itulah bila dah lama sangat tak bermanja dan berkasih sayang bersama. Terasa kekok dan seram pun ada.

"Taklah, I gurau aje. Dah, you pergi tidur. Esok kan nak pergi fisioterapi."

Mawar Elena mengangguk. "Okey."

Rayyan memeluk Elena seketika sebelum wanita itu merebahkan diri di atas katil. Selimut ditarik Rayyan sehingga ke paras dada.

Rayyan tersenyum sebelum keluar dari bilik.

"You nak pergi mana? Tidur ajelah di sebelah sini."

"I nak buat kerja sikit. Nanti dah habis kerja, I masuk bilik ni balik. You tidurlah dulu."

Adakah Masih Ada Kita (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang