MASA bersilih berganti dan begitu jugalah dengan keadaan Mawar Elena. Kakinya sudah pulih dari lumpuh dan keadaan kakinya sudah semakin kuat seperti dahulu.
Sejurus saja Dr Zayed mengesahkan bahawa Mawar Elena sudah sembuh sebulan sebelumnya, seluruh ahli keluarga Mawar Elena gembira dan bersyukur.
Kini, Mawar Elena kembali ke Pantai Kasih Medical Centre sebagai seorang doktor semula. Turut bersama-sama pasukannya iaitu Dr Joshua, Dr Zayed, Dr Fadh, Dr Maria dan sudah pasti Dr Rayyan Hafeez.
"Welcome back, Dr Mawar Elena binti Tan Sri Eidres. It's good to see you again after almost a year. I'm glad to work with you again." kata Dr Joshua.
Dr Mawar Elena tersenyum. "Thank you so much, Dr Joshua. So... Where is my coffee?"
Dr Joshua mengangkat kening.
"Why do you ask me that?"
"Because you always brought me a cup of coffee everyday before I started my work, Dr Joshua Richards. So, where is my coffee?"
Dr Joshua menggaru kepalanya yang tidak gatal. Namun tiba-tiba ada secawan kopi di hadapan Dr Mawar Elena. Secawan kopi yang berada di atas tangan Dr Rayyan Hafeez.
"Here is your coffee, Dr Mawar Elena." kata Dr Rayyan Hafeez.
Dr Mawar Elena tersenyum. Dr Joshua menarik nafas lega.
"From now on, it's will be me who always brings you a cup of coffee everyday. Not Dr Joshua anymore."
Kemudian Dr Rayyan Hafeez tersenyum.
"Because I am your husband and it is my duty to fulfil your needs."
Dr Mawar Elena tersenyum lebar. Alahai, tiba-tiba kakinya terasa longgar pulak apabila sang suami berkata begitu.
Tolong...! Dr Mawar Elena sudah sesak nafas apabila Dr Rayyan Hafeez berkata begitu. Sesak nafas akibat kemanisan Dr Rayyan Hafeez.
Lama pasangan suami isteri itu dibuai kebahagiaan sehingga Dr Joshua mula rasa tidak selesa.
"Ehem!" Dr Joshua pula-pula berdehem.
Terus Dr Rayyan Hafeez dan Dr Mawar Elena menjadi serius. Kopi di tangan Dr Rayyan diambil sambil mengucap terima kasih.
"Aku tahulah korang berdua tengah hangat bercinta walaupun dah lama jadi suami isteri tapi ini kan hospital. Jangan nak sweet romantik lama sangatlah. Tak elok orang pandang lagipun cara korang ni agak kurang melampau tau tak?"
"Melampau apa pulak kau ni?" soal Dr Rayyan.
"Entah you ni, Josh. Apa yang melampau?" soal Dr Elena.
"Melampau sebab tak menghormati orang single macam aku. Weh, kalau nak bermesra pun janganlah lebih-lebih depan aku. Aku jealous tahu tak? Dahlah, aku tak ada girlfriend korang pulak bersweet sawit kat sini. Haih... Menangis hati ini!"
"Eleh, apek cina ni feeling lagu Memori Berkasih pulak dah. Eh Josh, kalau macam tu apa kata kau try Sister Aisyah tu? Dia pun masih bujang, cantik pun ada. Aku rasa kau dan dia sesuai."
Dr Rayyan memberi cadangan. Dr Mawar Elena hanya tersenyum.
"Betul ke? Hah, kalau macam tu aku akan try dia. Sister Aisyah tu memang cantik tapi tulah aku takut dia reject aku aje."
"Nak takut buat apa? Belum cuba belum tahu lagipun kau ni bukannya tak kacak, kacaklah juga tapi tak sekacak aku. Aku jamin dia takkan reject kau. Eh, kalau kau nak tips pun aku boleh kasi tau. Aku ada macam-macam tips termasuk tips untuk kahwin dua." kata Dr Rayyan.
Dengar saja kahwin dua, terus Dr Mawar Elena mencubit badan suaminya.
"Apa dia, Dr Rayyan Hafeez? Tips kahwin dua? Hah, you jangan buat gila wahai doktor. Nanti silap hari bulan I kurung you dalam peti simpanan mayat dalam bilik mayat baru tahu. Jangan berani-berani nak kahwin dua ya? Kalau you ada niat macam tu, I operate semua anggota badan you tukar dengan besi." amaran Dr Mawar Elena.
Dr Rayyan Hafeez mula mengadu sakit sambil menahan cubitan Dr Mawar Elena manakala Dr Joshua hanya tersengih melihat.
"T-tak... Taklah sayang. I gurau aje... Tak mungkin I nak kahwin dua. I nak you seorang aje." katanya.
Dr Mawar Elena tersenyum sinis.
"Ingat Dr Rayyan Hafeez, kalau nak I buat perangai lama, cubalah buat hal. Kita tengok sejauh mana you boleh tahan dengan kemarahan I yang akan meningkat sepuluh kali ganda daripada dulu."
Dr Rayyan Hafeez menggeleng menindakkan. Dia turut memohon ampun pada Dr Mawar Elena.
Nak hadap dengan amarah Dr Mawar Elena sekali lagi? Pergh! Memang tak sanggup weh!
"I takkan buat macam tu sayang. I gurau aje. You dah cukup untuk I. I love you moon and back."
Dr Mawar Elena tersenyum. Nasib baik...
"Eh, dahlah! Layan korang berdua ni buat aku rasa lonely. Lebih baik aku pergi kafe, sarapan."
Dr Joshua meminta diri.
"Josh, nanti kalau jumpa Sister Aisyah di kafe, you jangan lupa untuk belanja dia sebagai langkah pertama. Good luck!" ujar Dr Elena.
Dr Joshua menunjukkan thumb up. "Thanks Elena!"
Doktor berbangsa Cina itu sudah berlalu pergi. Dr Rayyan Hafeez masih memandang Dr Mawar Elena.
"So, nampaknya I pun kena pergi dulu. Ada meeting dengan Dr Alice."
Dr Mawar Elena baru teringat. Dr Alice?
"Oh yes, Dr Alice! I don't see her for today."
"Entahlah, mungkin dia sibuk di wad kanak-kanak kut. I jumpa dia pun sebab meeting. I harap you tak salah faham okey?"
Dr Mawar Elena menggeleng. "Eh, kita kan bekerja bawah satu bumbung so takkanlah I nak salah faham pulak lagipun I tahu you setia dengan I."
Dr Rayyan Hafeez tersenyum. Dia mengusap pipi Dr Mawar Elena sebelum beredar.
"Bye sayang. Nanti kita lunch sekali okey?"
"Okey! Bye abang." jawab Dr Elena.
Terkejut Dr Rayyan Hafeez dibuatnya. Isterinya panggil dia apa?
"Apa dia? Abang?"
"Yalah, abang lah. I tengok you macam tak suka aje I panggil you tesoro so I tukarlah panggil you abang."
Dr Rayyan Hafeez. "I like that. Abang..."
"Ya, tahu."
"Okey, abang pergi dulu ya sayang?"
Dr Mawar Elena mengangguk. "Ya, pergilah."
Kaki Dr Rayyan mula melangkah bergerak namun matanya masih tak lekang memandang isterinya.
"Bye, sayang." ucapnya.
"Bye." jawab Dr Elena.
Dr Rayyan Hafeez mencebik.
"Bye apa?"
Dr Mawar Elena mengeluh. Sengaja tau dia ni. Meminta betullah...
"Bye... abang..." katanya lagi.
Barulah Dr Rayyan Hafeez tersenyum.
~ TAMAT ~
Janganlah menyimpan dendam mahupun kemarahan yang terlalu lama terhadap pasangan kita kerana ianya bukan saja akan perlahan-lahan mematikan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan kita malah ianya juga akan memusnahkan rumahtangga yang dibina.
Bersatulah dan setialah bersama pasangan kita walau dalam apa pun keadaan kerana sesungguhnya ia akan lagi menguatkan rasa cinta dan jodoh kita. - Aina Nabila.
YOU ARE READING
Adakah Masih Ada Kita (Completed)
Romansa"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang...