"KAKAK sihat aje di sini. Sekolah Amar macam mana? SPM nak dekat dah kan?"
Hari ini Mawar Elena bercakap dengan adiknya Amar Mirza melalui FaceTime. Rindu sangat terhadap adik lelaki tunggalnya itu.
"SPM lagi tiga minggu aje kak tapi tulah Amar risau. Amar bukannya pandai macam kakak." jawab Amar.
Elena mencebik.
"Hei, kenapa cakap macam tu? Adik kakak kan memang pandai. Amar pandai dan akak yakin Amar akan berjaya macam kakak. Janganlah fikir negatif. Tak elok untuk diri sendiri. Amar kena fikir yang Amar nak banggakan papa dan berjaya masuk universiti."
Amar tersenyum mengangguk.
"Papa mana? Ofis ke?"
"Papa bekerja setengah hari hari ni. Sekarang ni dia ada di kelab golf."
Elena mengeluh kecil. Papa dan golf memang tak boleh dipisahkan.
"Golf always number one, right?"
Amar mengangguk.
"Akak, how's Sydney? It's autumn time now?"
"Yes, it's autumn but Sydney can't beat KL. I always will choose KL as the most comfortable place in the world."
Kemudian Rayyan berada di belakang Elena. Amar yang perasan itu, hairan.
"El, jom? Lepas ni you ada class kan?" soal Rayyan.
"Oh, okey." kata Elena pada Rayyan.
Kemudian dia beralih pada Amar di dalam skrin telefon.
"Okeylah Amar, akak kena pergi kelas ni. Nanti akak FaceTime lagi ya? Bye!"
"Wait, akak! Siapa tu?" soal Amar.
"Ni Rayyan Hafeez. Kawan akak di sini." kata Elena.
Rayyan melambai tangan ke arah Amar.
"Hai, Abang Rayyan. Tolong jagakan akak Amar elok-elok kat sana boleh?" pesan Amar.
Rayyan tersenyum mengangguk.
"Insya Allah, abang akan jagakan Kak Elena untuk Amar."
Elena menggeleng. "Apalah Amar ni. Akak boleh jaga diri sendirilah."
"Tapi lebih selamat jika ada orang yang boleh jaga akak. You are a girl and a girl always need her guardian."
Elena menjulingkan matanya ke atas.
"Amar Mirza, jangan ingat akak tak faham apa maksud Amar ya? Sukalah tu kenakan akak."
Amar Mirza ketawa.
"Benda boleh jadi boyfriend, buat apa setakat kawan aje?"
"Amar Mirza!"
Malu Elena dibuatnya. Rayyan hanya tersengih sendiri.
"Okeylah kak, Amar pun nak pergi main bola ni. Bye! Nanti kita FaceTime lagi."
Elena tersenyum. "Bye! Kirim salam pada papa dan Cik Sue tau. I love you!"
"I love you more kakak!"
Panggilan dimatikan. Telefon pintarnya disimpan di dalam poket seluar.
"Jom?" ajak Elena.
"Cute tengok you layan adik you. Rapat sangat eh?" soal Rayyan.
Elena mengangguk.
"Dari kecil papa dan mama selalu I dan Amar bersama-sama. Main toys sama-sama, belajar sama-sama, ke mana-mana tempat yang kitaorang pergi pun mesti bersama-sama."
![](https://img.wattpad.com/cover/248834416-288-k660422.jpg)
YOU ARE READING
Adakah Masih Ada Kita (Completed)
Romance"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang...