Bab 2

15.6K 635 12
                                    

"TERIMA kasihlah Dr Mawar Elena! Disebabkan you kami semua dah jadi famous di PKMC ni."

Dr Mawar Elena duduk semeja bersama kawan-kawan doktor sepasukannya iaitu Dr Zayed, Dr Joshua, Dr Maria dan Dr Fadh.

"Apa maksud you?" soal Dr Elena.

"Well, since we be a team, ourselves be more popular and known more than before. All of this is because of you." kata Dr Joshua.

Dr Elena tersenyum menggeleng. "Eleh, poyo ajelah korang semua ni. Takkanlah tak ada seorang pun di hospital ni suka dengan Dr Joshua yang cute, Dr Zayed yang sado dan Dr Fadh yang sweet ni? Mustahil kan Maria?"

Dr Maria bersetuju dengan Dr Elena.

"Betul sangat tu Dr Elena. Diorang ni memang poyo dan suka usik you. Especially Dr Josh tu hah. Ramai aje staff nurse, female doctors and patients suka dia tapi jual mahal."

"Eh, apa ni tuduh I bukan-bukan ni? I bukan jual mahal tapi untuk sekarang I prefer being single. Belum sampai seru nak bercintalah." kata Joshua.

"Eleh, kau ni Josh! Jujur ajelah yang sebenarnya kau tu ada hati dengan salah seorang doktor di sini kan sebab tu kau tolak semua orang yang suka kau. Aku dan Zayed tahulah pasal tu." sampuk Dr Fadh.

Dr Elena dan Dr Maria berpandangan sesama sendiri. "Seriously Josh? Why you don't tell us who is the lucky woman?" soal mereka.

Dr Joshua menggaru kepalanya. "Err..."

Sedang mereka menunggu jawapan Dr Joshua, seorang jururawat datang menghampiri.

"Maaf menganggu doktor-doktor semua tapi Tan Sri Eidres memanggil semua staff untuk ke dewan perbincangan. Katanya doktor baru yang akan bekerja di PKMC dah sampai."

Dr Elena memandang rakan-rakan sekerjanya.

"Okey, terima kasih." ucap Dr Zayed.

Jururawat itu berlalu pergi. Dr Mawar Elena bersama rakan-rakannya bangun.

"Awal betul doktor baru tu sampai. Kata posting Khamis minggu depan tapi ni baru hari Jumaat." kata Dr Elena.

"Tak apalah kalau dia masuk awal pun. At least, makin bertambah juga doktor yang boleh bantu kita." jawab Dr Joshua.

~~~

DI dewan perbincangan, Tan Sri Eidres bersama beberapa ahli lembaga pengarah dan para staf sedang beramah mesra dengan doktor baru itu.

"Perhatian semua!" arah Tan Sri Eidres.

Semua staf memandang ke arah Tan Sri Eidres kemudian fokus dengan ucapan yang hendak dikatakan.

Pintu dewan dibuka, terpancar wajah Dr Elena yang baru masuk ke dalam dewan.

"I'm sorry because being late, Tan Sri." katanya sambil tersenyum.

Tan Sri Eidres mengangguk. Dia kembali membaca ucapannya.

"Okay, let's continue..."

"Good morning to all the board of directors, staffs and doctors. Today, as all we know there are new doctor will be joining our hospital as medical surgeon. He is also will be cooperate with Dr Mawar Elena, Dr Joshua, Dr Maria and Dr Zayed as one team."

Dr Mawar Elena berdebar-debar menantikan bagaimanakah wajah sebenar doktor baru itu. Entah kenapa hatinya seakan beria-ia untuk mengetahui siapa doktor itu.

Adakah Masih Ada Kita (Completed)Where stories live. Discover now