Bab 13

13K 519 13
                                        

DUMBBELL seberat lima kilogram itu diangkat untuk melakukan senaman. Pada hujung minggu ini, dia lebih menghabiskan masa dengan aktiviti gim yang diuruskan oleh Dr Joshua.

"Oh, patutlah nak sangat ajak I pergi gim rupa-rupanya gim ni you punya." ujar Dr Elena.

Dr Joshua hanya tersengih. "Kantoi."

"So how much the cost of this gym?" soal Dr Mawar Elena.

"RM70K. Tapi masa I beli, semua barang dah ada tapi tak semuanya elok. Yang masih elok, I upah orang baiki, yang rosak I tukar baru dan cat dinding, aircon tu semuanya ditukar ganti kepada yang baru." terang Dr Joshua.

"So what can I say is that workout and gym are your passion."

"No, my passion is still medical world but workout and gym more like to hobby."

Dr Mawar Elena tekun mendengar. Sebagai kawan, dia sangat bangga dan gembira kerana kawan-kawannya berjaya melakukan apa yang mereka minat. Dia turut tumpang bangga.

"How about you? Anything you like to make as hobby?"

Dr Mawar Elena tersenyum sinis. "Hobi I hanya tidur aje, Josh."

Kemudian dia ketawa kecil. "Hobi I tak menarik untuk dijadikan sebagai manfaat kehidupan. So, biarlah I kekal sebagai doktor aje."

"Tell me, what your hobby is?" soal Dr Joshua.

"Hmm I don't know. There are a lot of activities and things that I love to do."

"Choose only one, Dr Elena."

Dr Elena berfikir. "Perhaps writing. When I feel bored, I write anything that appear in my mind."

"Then you should open writing studio. Who knows you can be a famous and successful writer?"

Dr Mawar Elena tersenyum sendiri.

"Tak mungkin kut. Haha, buat masa ni I lebih suka suasana hospital yang riuh rendah daripada suasana senyap sunyi macam dalam perpustakaan."

Dr Joshua mengangguk setuju.

"So what's next, Mr Trainer?"

"Next, we go to treadmill. Burn calories all out."

"Okay, it's workout day. No complaints!" gurau Dr Elena.

~~~

"HAH masuk Ray!" ajak Tan Sri Eidres pada Rayyan yang datang ke rumahnya.

Tan Sri Eidres menjemput menantunya itu datang ke rumah kerana ada sesuatu yang ingin dibincangkan.

"Ada apa papa panggil Ray datang sini? Nanti kalau Elena tahu, dia marah pulak." kata Rayyan.

Dia tak nak Mawar Elena bertambah benci padanya. Cukuplah wanita itu berdingin dengannya.

"Ray, papa nak tanya kamu satu soalan yang serius. Boleh?"

Rayyan mengangguk. "Tanyalah."

"Kamu masih sayang Mawar Elena? Kamu masih anggap dia sebagai isteri kamu?"

Rayyan mengeluh kecil.

"Mawar Elena selamanya isteri Ray, papa. Walaupun sekarang ni dia dah benci Ray tapi Ray tetap sayang dan cinta pada dia."

Adakah Masih Ada Kita (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang