Bab 29

13.9K 468 13
                                    

Enam bulan kemudian...

"HATI Mawar Elena tu lagi keras daripada batu yang ada dalam dunia ni tau. Puas dah aku pujuk dia supaya berbaik dengan Tan Sri Eidres, maafkan dia tapi sudahnya pergaduhan diorang berlarutan sampai enam bulan. Hmm entahlah, aku dah naik buntu sangat dah ni. Handle pesakit pun tak stres macam ni tau."

Dr Rayyan Hafeez bercerita pada semua kawan-kawan doktornya iaitu Dr Joshua, Dr Fadh dan Dr Zayed.

Sejak satu bangunan Pantai Kasih Medical Centre tahu tentang berita hubungan dan perkahwinan Dr Mawar Elena dan Dr Rayyan Hafeez, semakin ramai yang menghormati dan ada juga yang berhati-hati.

Yalah, takut kes apa yang berlaku pada keempat-empat jururawat dahulu tu berulang lagi.

Hah, orang kata kerana mulut badan binasa.

"Yang bab hati dia keras kalah batu tu aku setuju tapi takkanlah tak ada cara langsung nak berbaik? Tan Sri Eidres tu rapat gila dengan bini kau." Dr Zayed bertanya.

Dr Rayyan mengeluh.

"Bini aku tu kalau dah marah, manalah dia ingat semua benda baik dengan orang yang kena marah tu. Dia sembur habis. Susah nak lenturkan keras hati dia tu."

"Tapi sekeras-keras batu tu pun, kalau hari-hari kena siram dengan air boleh berlubang juga tau. Ray, aku rasa better kau pujuk Elena tu sekali lagi. Takkanlah Elena nak bermusuh dengan papa dia sendiri? Pokok pangkalnya Tan Sri Eidres tu tetap papa dia." kata Dr Joshua pula.

"Hah, betul tu. Kita semua kenal El tu macam mana jadi aku rasa dia takkan simpan marah dia lama-lama. Dalam hal ni, kau yang kena main peranan, Ray." Dr Fadh menyokong.

Dr Rayyan memejam mata lantas menggeleng. "Insya Allah. Tengoklah macam mana nanti. Aku pun tak tahu nak buat apa lagi."

"Ah, hati perempuan ni paling tidak pun macam kerak nasi aje. Bila kena dengan air, lembut juga. Marah Dr Mawar Elena tu bukannya teruk sangat pun. Kalau teruk, kau lari aje tidur rumah Fadh ni hah." usik Dr Zayed.

Mereka berempat ketawa saja.

Dr Zayed meminta diri. Dia melihat jam tangannya lantas bangun dari duduk.

"Aku ada patient. Nanti kita borak lagi."

Dia pergi kemudian Dr Fadh turut sama mahu beredar.

"Eh, aku pun nak kena gerak. Dah janji dengan tunang aku, nak bawa dia pergi makan."

Dr Rayyan mengangguk. Mereka berjabat tangan. Kini, tinggallah Dr Joshua dan Dr Rayyan berdua.

"Bro..." panggil Dr Joshua.

Dr Rayyan mengangkat kening tanda menjawab.

"I'm sorry for everything." katanya.

"For what? What do you mean?" soal Dr Rayyan.

"I'm sorry because I did tried to get Mawar Elena from you although I know your guys are married. Aku ambil kesempatan atas marah Elena bila dia masuk wad sebab lumpuh hari tu."

"Oh..." Dr Rayyan tersengih. "Tak ada apalah."

"Sejujurnya bro aku dah lama syak yang kau dan Elena tu ada hubungan yang lebih sebagai rakan sekerja. Cara kau layan dia dan cara dia marah kau macam ada sesuatu yang berlaku pada korang dulu tapi aku cuba menidakkan sebab aku dah lama sukakan Elena dan aku yakin Elena masih solo."

"Kau pun mesti tahu yang Tan Sri Eidres pernah plan dengan ayah aku, Tan Sri Richards untuk kahwinkan kitaorang kan? Bila aku dapat tahu pasal tu, aku gembira tapi dalam masa yang sama aku tahu Elena takkan setuju sebab dia tak pernah anggap aku lebih daripada seorang kawan."

Adakah Masih Ada Kita (Completed)Where stories live. Discover now