DOKTOR Rayyan Hafeez memandang tajam kesemua jururawat pelatih yang digantung tugas itu. Hari ini mereka semua dipanggil semula oleh pihak hospital untuk menentukan nasib dan kerjaya mereka.
Turut ada Sister Aisyah dan Tan Sri Eidres di situ untuk menjadi saksi.
"Siapa yang menjadi dalang menyebarkan semua fitnah ni?" soalnya.
Namun mereka semua masih lagi diam.
"Saya tanya soalan pada kamu bukan pada dinding! Jawab soalan saya!" jerit Dr Rayyan.
Terhenjut bahu empat jururawat itu apabila dimarahi Dr Rayyan Hafeez.
"S-saya... Saya yang mulakan fitnah itu, doktor."
Dr Rayyan memandang wanita yang berdiri sebelah kanan itu dengan tajam.
"Nama awak Siti Hajar binti Abdul Ghani kan?"
Siti mengangguk.
"Awak ni nak jadi jururawat atau nak jadi wartawan hiburan? Banyak dah aduan yang saya terima tentang awak yang selalu sibuk jaga tepi kain orang lain. Setiap masa ada aje cerita pasal orang lain yang awak sibuk nak ambil tahu, yang awak sibuk nak canang. Awak nak apa sebenarnya ni?"
Siti menunduk memandang ke lantai. Dia takut untuk bertentang mata dengan Dr Rayyan Hafeez.
"Saya minta maaf doktor. Saya..."
"Saya bukan nak dengar awak minta maaf, Siti Hajar! Saya tanya awak bersungguh-sungguh atau tidak nak menjadi seorang jururawat di hospital ni." tegas Dr Rayyan.
Siti diam.
"Saya tak fahamlah dengan orang yang suka jaga tepi kain orang lain macam awak semua ni. Hal orang lain yang langsung tak ada kena mengena dengan awak, itulah yang awak sibuk nak tahu. Lepas tu, awak semua kutuk dia, hina dia seolah-olah awaklah manusia yang paling baik, yang paling sempurna dalam dunia ni! Eh, kalau satu hari nak sibuk hal orang, awak semua ni boleh mati ke?"
Dr Rayyan Hafeez mula berang. Haih! Cukup pantang betul dia apabila orang luar menyibuk hal dirinya mahupun keluarganya.
"Siti, apa masalah awak dengan Dr Mawar Elena? Dia ada ganggu hidup awak ke? Dia ada buat awak sakit hati ke? Dia ada hina awak ke? Dia ada apa-apakan awak ke?"
Siti menggeleng.
"Habis tu kenapa awak sibuk hal dia? Kenapa awak fitnah dia yang dia tu sombong, dia suka mencari perhatian, dia terhegeh hegeh pada saya? Apa yang awak nak daripada dia sebenarnya?"
"Saya minta maaf, doktor!"
"Maaf, maaf, maaf! Kalau Dr Mawar Elena mati sebab kemalangan tu, awak ingat dengan maaf awak ni boleh hidupkan dia balik ke?!" tengkingnya.
Kemudian dia menghembuskan nafas panjang. Cuba mengawal amarah yang semakin menggelegak.
"Sekarang ni Dr Mawar Elena dah lumpuh sebab fitnah awak, tahu tak? Hari-hari dia menangis, mengamuk dalam wad tu. Sebutir nasi atau apa sahaja makanan pun dia tak sentuh semata-mata kerana dia mengenangkan kaki dia yang dah lumpuh tu! Awak faham tak apa perasaan saya sebagai seorang suami bila saya tengok isteri saya macam tu?"
"Mana sifat kemanusiaan awak semua ni? Mana!"
"Eh, awak semua sedar tak yang awak semua ni baru sekadar seorang jururawat pelatih? Bukannya jururawat tetap hospital ini pun. Awak semua tak fikir ke bagaimana dengan kerjaya awak lepas ni? Pihak hospital boleh kenakan tindakan yang berat pada awak semua untuk kes ini."
"Cukup tu Rayyan. Biar papa yang uruskan hal itu." kata Tan Sri Eidres.
Tan Sri Eidres mengambil alih bicara Dr Rayyan Hafeez. Dia berdiri di hadapan jururawat itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adakah Masih Ada Kita (Completed)
Romance"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang...
