WALAUPUN Rayyan Hafeez hanya pergi seminggu, Mawar Elena tetap rasa kehilangan. Entah kenapa hatinya sangat berat untuk membiarkan lelaki itu pergi padahal ia adalah tempoh yang tidak lama.
Takkanlah begini angau cinta yang dia alami? Teruk sangat ni. Dah macam budak-budak sekolah nak merasa bercinta pulak! Walaupun Mawar Elena tidak pernah bercinta namun dia bukanlah gadis yang ingin diberi perhatian dan manja sepanjang masa. Itu bukan dirinya mahupun caranya.
Haihlah hati, kau kenapa? Kenapa dah tak sabar-sabar sangat untuk tunggu Rayyan balik? Ah, kau ni Mawar Elena! Kau punya beria dan angau tu kalah budak sekolah.
Dia mengeluh sendiri sambil baring di atas katil lantas mata menghadap siling kapur berwarna putih itu.
Ray, lama lagi ke you nak balik? I rindu...
Dia bergolek-golek sehingga ke hujung katil untuk menghilangkan resah yang melanda hatinya kini.
Sungguh dia tak suka dengan perasaan ini. Ingin telefon Rayyan, talian sibuk. Ingin WhatsApp, pasti tidak akan dibalas dengan cepat kerana Rayyan bukanlah lelaki yang sering menghadap telefon.
"Ah, kenapalah aku susah sangat nak berjauhan dengan dia ni? Padahal kitaorang baru aje kenal antara satu sama lain." desis hatinya.
Tak lama kemudian, dia baru teringat akan kotak hadiah kecil bersama riben yang diberikan oleh Rayyan kepadanya.
Pantas dia bangun lalu mengambil kotak kecil itu di dalam rak laci katilnya.
Dia tersenyum sendiri melihat kotak itu. Hatinya pula kian tak sabar untuk membuka kotak itu dan mengetahui apa isinya.
Dengan penuh teruja, dia membuka kotak itu lalu terkejut. Dia menutup mulutnya yang sedikit terlopong.
Ah, Rayyan! You such a sweet person!
Rupanya, di dalam kotak itu terhadap sebuah jam tangan dan sebutir rantai berbentuk bunga mawar.
Elena yang penuh rasa teruja mengeluarkan jam tangan dan rantai itu dari kotaknya. Dia tersenyum gembira melihat hadiah itu.
Namun, terdapat juga sepucuk kad kecil di dalam kotak itu. Elena membukanya lantas membaca.
These are for you from me with love. The watch will remind you of the time and memories when we together and the necklace will remind you that you will be my bunga forever - Ray. H
Rayyan, benar kau sudah buat aku jatuh cinta dengan kau. Ah, bertuahnya aku kerana kau memilih aku.
Kerana terlalu gembira dan teruja, Elena terus memakai rantai dan jam itu walaupun tidak ke mana-mana.
Alahai, sampai nak tidur pun pakai jam. Memang betul kau dah angau dan mabuk cintalah, Mawar Elena.
~~~
SALINA menyediakan nasi goreng untuk dirinya dan Elena. Diletakkan pinggan itu di atas meja sebelum memanggil Elena makan.
"El, breakfast jom!"
Pintu bilik dibuka, Elena keluar dengan penuh senyuman dibibirnya.
"Good morning." ucapnya.
Salina memandang Elena pelik. Dah kenapa perempuan ni?
"Awalnya kau bersiap? Bukan hari kau tak ada kelas ke?" soal Salina.
"Memang aku tak ada kelas tapi aku nak keluar kejap. Kau nak ikut ke?"
"Hmm bolehlah lagipun aku nak ke kedai buku juga."
ANDA SEDANG MEMBACA
Adakah Masih Ada Kita (Completed)
Romance"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang...
