Bab 22

14.1K 522 4
                                        

"DISEBABKAN mulut puaka awak semua ni, Dr Mawar Elena kemalangan tahu tak? Eh, malulah kalau jadi perempuan tapi mulut busuk macam loji kumbahan!" marah Sister Aisyah.

Setelah Dr Mawar Elena dikejarkan ke dewan kecemasan kritikal, semua jururawat-jururawat pelatihnya yang berada di bilik pantri semasa memburukkan Dr Mawar Elena ditangkap kerana menjadi punca pergaduhan dan kemalangan Dr Mawar Elena.

"Sebab mulut busuk dan puaka awak semua ni jugalah Dr Rayyan Hafeez bergaduh besar dengan isteri dia sendiri di dalam hospital ni dan sampai dia kemalangan depan hospital ni. Dekat mana letaknya otak awak semua ni? Kenapa sibuk sangat jaga tepi kain orang lain? Suka-suka aje tabur fitnah kata Dr Elena tu terhegeh hegeh pada Dr Rayyan."

"Sister, saya cuma..." Siti mahu membela dirinya sendiri namun Sister Aisyah menghalang.

"Diam! Saya tak nak dengar apa-apa pun keluar dari mulut sesiapa terutama sekali mulut awak, Siti Hajar! Selagi saya tak habis cakap, jangan sesiapa berani menyampuk."

Semua jururawat itu diam menunduk.

"Fitnah yang awak semua tabur pada Dr Mawar Elena tu sangat besar dan mendalam. Kalau fitnah awak ni menyebabkan Dr Mawar Elena meninggal dunia macam mana? Macam mana awak semua nak minta maaf pada dia?"

Diam. Sister Aisyah mengeluh menggeleng.

"Saya nak tanya awak semua ni satu soalan. Awak tahu tak siapa sebenarnya Dr Mawar Elena tu?"

Siti dan yang lain diam.

"Siti, mulut awak kan yang paling puaka dalam hal ni jadi awak tahu tak siapa sebenarnya Dr Mawar Elena tu selain seorang doktor?"

"Dia... Dia isteri Dr Rayyan Hafeez." jawabnya.

"Itu aje? Dr Mawar Elena tu hanya seorang doktor dan isteri Dr Rayyan Hafeez. Itu aje yang awak tahu?"

Siti mengangguk. Sister Aisyah mengeluh sekali lagi.

"Ya Allah! Dr Mawar Elena tu adalah anak Tan Sri Eidres, pemilik hospital ini! Nama sebenar dia ialah Dr Mawar Elena binti Tan Sri Eidres dan dia merupakan isteri sah Dr Rayyan Hafeez. Mereka pun dah berkahwin sejak lima tahun lepas! Awak semua faham tak?!"

Semua jururawat itu terkejut dan tercengang.

"Kenapa tercengang? Terkejut? Ya, memang Dr Mawar Elena tu anak kandung Tan Sri Eidres. Kalau awak tak percaya, pergilah tanya semua staf dalam hospital ni termasuklah tukang kebun hospital ni pun tahu tentang hal itu. Sekarang ni, kalau ada apa-apa yang berlaku pada Dr Mawar Elena, siapa yang akan bertanggungjawab?"

"Sekejap lagi Tan Sri Eidres akan datang ke sini selepas berangkat dari Singapura dan masa tu kalau Tan Sri Eidres cari siapa penyebab anak dia kemalangan, saya tak boleh nak buat apa. Nak atau tak, nama-nama awak semua akan diberikan padanya."

Kesemua jururawat itu terdiam dan terkaku.

"Saya tak perlulah beritahu awak apa yang akan terjadi pada awak terutamanya karier awak selepas ini kan? Terpulanglah pada Tan Sri Eidres, Dr Rayyan Hafeez dan Dr Mawar Elena nak buat apa pada awak semua. Tapi kalau ikutkan hati saya, nak aje saya pecat awak dari hospital ini serta merta!"

"Oh terlupa pulak saya nak cakap, pihak hospital, Tan Sri Eidres, Dr Rayyan Hafeez dan Dr Mawar Elena berhak meletakkan nama awak semua dalam senarai hitam dari menjejakkan kaki ke hospital ini dan mereka juga berhak untuk menyaman awak semua atas menjadi punca kakitangan hospital Pantai Kasih Medical Centre kemalangan yang boleh meragut nyawa."

"Tapi Sister, Siti yang mulakan dulu. Kitaorang semua hanya mendengar aje." kata salah seorang jururawat.

"Tapi seorang buat salah, semua kena tanggung lagipun kesalahan awak semua ni bukan kesalahan kecil. Ini semua melibatkan nyawa!" jerit Sister Aisyah.

Mereka diam.

"Mulai hari ini, awak semua akan digantung tugas sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Itu juga bermakna bahawa awak semua tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke PKMC tanpa sebarang arahan. Namun ingat, sesiapa yang di antara kamu cuba untuk melepaskan diri dari hukuman ini akan dikenakan tindakan yang lebih besar. Faham?!"

"Faham, Sister Aisyah." akur mereka.

"Sekarang ni, sila kosongkan loker kerja dan beredar dari hospital ini."

Sister Aisyah tersenyum sinis.

"Lain kali nak bercakap berpada-pada. Haih, hanya kerana mulut badan binasa."

Sister Aisyah beredar meninggalkan empat orang jururawat itu di situ.

"Ini semua salah kau, Siti! Suka sangat kutuk Dr Mawar Elena tu macam-macam sampaikan dia bergaduh besar dengan suami dia. Itulah aku dah kata, cakap biar pandang kiri kanan. Sekarang ni, disebabkan kau, kitaorang semua kena sekali."

"Manalah aku tahu Dr Rayyan Hafeez tu suami dia. Korang pun tak boleh salahkan aku sebab korang pun ada kutuk dia!"

"Itulah kau suka sangat jaga tepi kain orang! Eh, kalau setakat baru tahu dia isteri Dr Rayyan Hafeez tu aku boleh terima lagi tapi sekarang ni dia juga anak pemilik hospital ni. Kalau kita tidak dikenakan apa-apa tindakan sekalipun, mesti tak boleh langsung bekerja di mana-mana hospital! Ayah dia Tan Sri... Tan Sri! Kau ingat dia nak lepaskan kita semua begitu aje? Fikirlah!"

~~~

"SAYA minta maaf Tan Sri Eidres, Dr Rayyan Hafeez... Dr Mawar Elena selamat tapi kakinya sudah lumpuh." maklum Dr Zayed.

Terduduk Dr Rayyan Hafeez mendengarnya manakala Tan Sri Eidres mengucap panjang. "Astaghfirullahalazim!"

"Apa yang menyebabkan kaki Elena lumpuh, doktor?" soal Tan Sri Eidres.

"Kelumpuhan berlaku akibat kecederaan yang mengakibatkan kerosakan sistem saraf pada kaki. Dalam kes Dr Mawar Elena, rempuhan kereta yang kuat di kakinya telah menyebabkan seluruh sistem saraf kaki Dr Mawar Elena gagal berfungsi. Oleh itu, dia tak dapat berjalan semula."

"Namun Tan Sri tak perlu risau, lumpuh yang Dr Mawar Elena alami adalah lumpuh yang sementara jadi selepas saja dia sedar dari koma, kami akan sarankannya untuk membuat fisioterapi dan kami juga akan memantau keadaannya dari semasa ke semasa."

Tan Sri Eidres tersenyum syukur. Sekurang-kurangnya anaknya selamat.

Dr Rayyan Hafeez dari jauh mengeluh kecil. Apa yang berlaku tadi berpunca daripadanya.

Dr Zayed datang menghampiri.

"Ray, aku tak tahu nak cakap macam mana tapi kemungkinan besar, emosi Elena akan lebih teruk memandangkan keadaan dia yang sekarang ni. Aku harap kau sabar dan tabah dalam menghadapi semua ini." pesannya.

Dr Rayyan Hafeez mengangguk. "Terima kasih Zayed!"

Adakah Masih Ada Kita (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang