Bab 18

12.5K 541 17
                                        

"THANKS Dr Rayyan for helping me with the report. Kalau you tak tolong I, entahlah bila report ni akan siap." ucap Dr Alice sampai memegang fail repot yang dibantu Dr Rayyan Hafeez.

Dr Rayyan Hafeez tersenyum. "Sama-sama lagipun biasalah you kan baru lagi di sini. Tak apa, nanti you mahirlah."

Dr Alice mengangguk faham. Sepanjang seminggu bekerja di Pantai Kasih Medical Centre, dia amat senang dengan kebaikan Dr Rayyan Hafeez. Lelaki itu tidak jemu membantunya.

"Sorry if sepanjang seminggu ni I banyak susahkan you. Minta tolong itu ini." katanya lagi.

"Tak apa, kita kan doktor jadi mestilah kena bantu membantu."

"Hmm Dr Rayyan..."

"Tak payahlah panggil Dr Rayyan. Semua doktor kat sini panggil I Ray atau Rayyan aje. Tak perlu formal."

"Hmm Ray, I nak you soalan boleh ke?" soal Dr Alice.

"Apa dia? Kalau soalan you tu mudah, I boleh jawab kalau sejenis KBAT, itu kena tanya guru sekolahlah." gurau Dr Rayyan.

Dr Alice ketawa kecil.

"Taklah. I nak tanya Dr Mawar Elena tu siapa sebenarnya eh? I tengok semua orang macam hormat dia lebih sikit dari orang lain. Ofis tu berasingan dengan doktor lain. Okey, I bukannya cemburu tapi I tertanya-tanya aje."

"Oh, Dr Elena? Hmm Dr Mawar Elena tu sebenarnya anak Tan Sri Eidres. Jadi secara tak langsung, dia menjadi tunggak utama dan doktor terhormat di hospital ni. Kenapa? Dia ada marah you ke?"

"Eh, tak! Dia baik, sangat-sangat baik. Tapi I tak tahu pulak dia anak Tan Sri Eidres sebab masa pertama kali jumpa dia dulu, tak ada pulak dia cakap dia anak Tan Sri Eidres."

Dr Rayyan Hafeez. Isteri aku memang baik cuma dengan aku aje dia kurang baik.

"Oh iya ke? Dr Mawar Elena memang macam tu. Dia agak private dalam personal life."

"Oh, patutlah." kata Dr Alice.

"Tapi dia sangat serius dalam bekerja. Di sini, you akan nampak Dr Mawar Elena tersenyum bila waktu rehat sahaja itu pun kalau dia berehat bersama team dia. Selain itu, muka dia memang akan ketat sepanjang hari macam ada skru di pipi."

"Oh okey... I dah mula risau sekarang. Serius ke?"

Dr Rayyan tersenyum sengih. "Muka serius tak semestinya sombong atau makan orang Dr Alice. Memang sifat Dr Mawar Elena begitu."

Dr Alice menghembus nafas lega.

"Banyak perkara yang you tahu pasal Dr Mawar Elena kan? Macam dah kenal lama aje?"

Dr Rayyan tersenyum sekali lagi.

"Taklah, I baru kenal dia sejak bekerja di sinilah cuma I ni mudah mesra dan mudah tahu semua benda so yeah..."

"Kiranya you ni macam perpustakaan bergerak pun ada. Tahu aje semua benda so bolehlah lepas ni I tanya you apa-apa yang I tak tahu." kata Dr Alice.

"Eh, boleh! Tapi soalan yang you nak tanya tu biarlah yang berkaitan dengan perubatan dan hospital. Jangan tanya soalan luar bidang I sudah. Nanti, menggelupur I nak jawab."

Dr Alice ketawa. "You ni lawaklah Dr Rayyan. Now I know why everyone loves to be your friends."

~~~

SEMUA kerja sudah tidak menjadi fokus untuk Dr Mawar Elena lagi. Fikirannya celaru dan perasaannya bercambah. Semuanya kerana apa yang dilihatnya tadi.

Adakah Masih Ada Kita (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang