"BUAT masa ni you duduk di bilik bawah. Senang sikit you nak bergerak dengan wheelchair ni. Tak payah naik tangga dah."
Rayyan menolak Elena ke bilik tidur rumah mereka di tingkat bawah. Bilik itu sudah pun dibersihkan untuk isteri kesayangannya.
Elena hanya diam. Dia tidak mengiyakan mahupun membantah. Walaupun hatinya masih keras dengan Rayyan, tidak semestinya dia harus memarahi Rayyan setiap masa.
"You nak apa-apa tak? Kalau nak makan, I bawakan."
"Tak nak. I cuma nak rehat aje." kata Elena yang cuba bangun menuju ke katil.
"Eh, tak payah bangun. Biar I dukung." kata Rayyan.
Belum sempat Elena menolak, Rayyan terlebih dahulu mengangkat badannya ala bridal style.
Usai saja meletakkan Elena di atas katil, selimut tebal ditarik hingga ke paras dada.
Elena sudah memejamkan mata. Rayyan hanya memandang namun tidak bersuara.
Dia mengeluh kecil sebelum beredar keluar.
"If you have something to say, just say it." kata Elena.
Langkah Rayyan terhenti. Dia menoleh kembali ke arah Elena.
"Tak apa, you nak rehat."
"Ray, cakap ajelah. Tak perlu nak berdalih. I pun tak nak bergaduh lagi."
Rayyan terus duduk di sisi kaki Elena. Dia memandang Elena dengan sedikit keluhan.
"Where were we? Where were we in this marriage?" soal Rayyan.
Elena diam.
"Janganlah diam. At least, say something." kata Rayyan.
"We are still in this marriage, Rayyan."
"Yeah but in separate ways. Dalam rumahtangga kita ni seolah-olah jasad kita masih lagi terikat berdua tapi hati kita terpisah dan berada di haluan berbeza. Elena, adakah masih ada kita dalam rumahtangga ni?"
"Rumahtangga kita masih ada tapi bukan kita di dalamnya."
Rayyan hairan. "Maksud you?"
"Istilah kita tu dah tak wujud sejak I bertekad untuk tak kejar cinta you lagi. Lama I tunggu suami I tapi sekali pun dia tak pernah balik. Jadi you rasa sekarang ni masih ada lagi ke 'kita' dalam hubungan ni?"
Rayyan diam. Elena mengeluh.
"Ray, macam mana I nak sayang, cinta you semula bila setiap kali I tanya punca, you mesti mengelak? Susah sangat ke nak terus terang dengan I?"
"Bukan I tak nak berterus terang tapi I rasa tak perlu kita ingat semula perkara lama. Cukuplah you tahu yang I dah kembali pada you."
Elena tersenyum sinis. "Kembali? Buat apa kembali bersama jawapan yang terselindung? I mahukan jawapan, Ray. Sesiapa pun yang duduk tempat I, pasti akan mahukan jawapan."
Rayyan bangun. Dia mahu beredar.
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?"
Soalan Mawar Elena membuat Rayyan serba salah.
"I nakkan jawapan Ray. Tolonglah."
"Bukan semua persoalan ada jawapannya, Elena. Untuk soalan itu, maaf I tak ada jawapan."
Mawar Elena mengeluh kasar.
"You ada jawapan tu! I tahu you ada jawapan soalan itu, Rayyan Hafeez! So, macam ni dengan cara macam ni you nak kita berbaik? You tinggalkan I dengan seribu persoalan yang tiada jawapan."
YOU ARE READING
Adakah Masih Ada Kita (Completed)
Romance"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang...