Bab 17

12.7K 483 7
                                        

"KERETA you mana?" soal Rayyan sambil melihat garaj kereta rumah mereka.

"Ada dalam garaj. Kenapa?" soal Elena.

"No, I mean where's your Mini Cooper? Why you driving different car?"

"Oh, sekarang ni Amar yang guna kereta tu. On first day I started worked at PKMC, papa gave me a new car. That BMW M3 is mine."

"Oh..." kata Rayyan.

"How about you? Dah lama ke ada superbike tu?"

"Almost three years now. Ducati tu I beli di Indonesia dan bawa balik sini terus tukar nombor plat."

"Nissan GTR tu pulak?"

"I beli seminggu selepas balik Malaysia tapi secondhand aje."

"Oh... Kiranya you berjaya juga dapatkan kereta dan motor idaman you. Tahniah!"

Rayyan tersenyum. "Cuma ada satu lagi perkara yang I belum berjaya dapatkan."

"Apa dia?"

"Hati dan cinta you sayang. Tapi tak apa, I takkan mengalah selagi I ada peluang."

Elena terus menukar topik. Dia mengambil bagasi kerjanya lantas bersedia untuk pergi tempat kerja.

"Ray, I pergi hospital dulu." kata Elena.

"Tak nak breakfast dulu ke?" soal Rayyan.

"Tak sempatlah. Hari ni kan ada doktor baru nak masuk so papa suruh I entertain dia."

"Oh ya, Doktor Alice kan? Hmm okeylah kalau macam tu, jumpa di hospital ajelah."

Elena mengangguk.

"Bye Ray!"

Rayyan menghulurkan tangannya untuk disalam namun Elena hanya pura-pura tidak nampak.

Saat Elena turun dari tangga, Rayyan mengeluh sendiri. Sampai bila you nak begini dengan I bunga? Bersentuhan tangan pun tak nak apatah lagi untuk lebih dari itu.

Benarkah you ikhlas memberi I peluang kedua ini? Mungkin ia juga sekadar permainan untuk you membalas segala kesalahan I?

~~~

SEMASA memandu, fikiran Mawar Elena melayang seketika. Di dalam layar ingatannya tertumpu ketika saat dirinya berbahagia dengan Rayyan Hafeez.

Seandainya hati sudah semakin bisa menerima, mengapa fikiran dan tubuh badan masih lagi berkeras? Apa yang hati dan fikiran aku nak sebenarnya ni? Aku sendiri tak faham dengan diri aku.

Kalau betul hati ini dah mati untuk Rayyan mengapakah saat dia berbuat baik dengan aku menjadi senang dan tersenyum?

Sekiranya nama Rayyan Hafeez tidak lagi terpahat di dalam hati aku, mengapakah aku masih memuji semua yang ada pada diri Rayyan Hafeez?

Ah, kelirunya!

Rayyan, kenapa you tinggalkan I?

Tak lama kemudian, fikirannya menjengah kepada Elysa. Dia menjadi semakin kusut.

Rayyan, kita ada anak. Tapi sebelum dia kenal you, dia dah pergi tinggalkan I...

Adakah you punca I kehilangan anak kita?

Leka dia memandu, tiba-tiba ada seseorang yang menahan keretanya. Seorang perempuan.

Elena terkejut. Hei, perempuan ni! Tiba-tiba aje tahan aku, nasib baik tak kena langgar tadi.

Adakah Masih Ada Kita (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang